Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 3 Mei 2011

Sumpah Sesumpah...

Disebuah pinggir bandar, terdapat sepasang suami isteri yang hidupnya taklah berapa senang.. cukup makan dan pakai sahaja. dulu masa dialam persekolahan, masa di sekolah rendah si isteri ini adalah seorang budak yang agak pandai. Setiap kali periksa penggal, tak pernah dapat nombor melebihi angka sepuluh. Rajin ke sekolah dan tidak pernah ponteng. Tapi bila masuk je sekolah menengah, si isteri ini telah tergoda dengan alam remaja. Sudah mula pandai bercinta dan berboyfriend. Mak ayahnya pulak percaya habis, cakap nak pergi tuisyen rupa-rupa pergi jumpa boyfriend.

Dipendekkan cerita, kedua-dua mereka ini telah tidak sabar untuk kahwin, dan berkahwinlah mereka sebelum ambil SPM. Tau-taulah saje.. bila berbekalkan sijil SRP apa sajalah jawatan yang mampu diminta. Lalu bercakaplah kedua-dua suami isteri ini.

Isteri : Bang, semua bekalan dapur dah hampir habis tu. Duit gaji saya dah habis buat beli susu, pampers dan bayar pengasuh anak je. Kan dah dua kali saya suruh beli barang dapur.. abang buat diam je… lepas tangan je.. lepas ni kita anak beranak nak makan apa?

Suami : eh.. awak ni tau suruh je.. saya pun ade tanggungjawab saya juga.. ha.. minggu depan mak nak ajak pergi Johor, nak meminang untuk amin. nak pakai duit lagi.

Isteri : eh.. abang ni.. habis tu kami semua tak payah makanlah. Semua duit abang untuk emak abang je ke? anak-anak kita camana. Kereta adik saya tu berapa lama kita nak pakai?. dia pun dah tanye bila nak hantar balik. Saya taulah dia ada 2 buah kereta. Tapi takkan kita nak pakai selama-lamanya.

Suami: tulah dulu tak belajar betul-betul. Kalau awak belajar elok-elok tentu awak dah bergaji besar sekarang, tengok adik-adik awak tu semua senang lenang. Dah pakai kereta besar, duduk rumah besar.

Isteri : awak pun sama juga. Sibuk menggatal duk mengorat saya, ajak kahwin cepat-cepat. kalau awak tak kacau saya dulu, mungkin saya dah jadi pegawai besar dah. Mengata orang dia yang lebih. Kereta tu.. bila nak pulangkan? tak sedap hatilah nak pakai harta orang lama-lama. Bukan setakat nak pinjam je.. nak jadikan harta sendiri pulak.

Suami: peninglah kepala saya macam ni, tak apalah petang saya nak pergi solat asar kat masjid. Eh… mana awak letak Quran yang saya beli minggu lepas.

Isteri : Apasal pulak nak bawa Quran pergi masjid. Masjid pun jarang-jarang pergi .. kenapa pulak petang ini siap nak pergi masjid.

Suami : La.. saya nak pergi bersumpah lah. Saya nak bersumpah dengan Quran bahawa kereta yang kita pakai tu adalah hak milik kita. Tak payahlah kita nak pulangkan balik.

Isteri : (dalam hati) dah gila ke pulak orang tua ni!


Oleh: Mek_Agah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan