Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 16 Mei 2011

Jalan-Jalan Cari makan

Banyak di kalangan teman-teman sama ada dari Taiping atau dari luar sering bertanya "Ustaz..kalau kat Teping,mana tempat makan yang sedap?" Susah juga nak jawab meskipun saya nie orang Taiping tapi bab-bab tempat makan ni saya kurang arif sangat sebab saya jarang makan di luar . Cuma ...saya dengar kawan-kawan yang suka makan diluar bercerita, tempat ni sedap, restoren ni masakannya bagus dan sebagainya.

Namun untuk tidak mengharapkan permintaan sahabat-sahabat yang ingin tahu dimana nak makan di Taiping ini saya sebutkan tempat-tempatnya soal sedap atau tidak terpulang pada cita rasa masing-masing.
Taiping
1 Popiah – Pasar Larut Matang
2 mee udang Port Weld..
3 kueytiow Doli... belakang bomba
4 Kari ikan semilang Kuala Gula..
5 Cendol Bismillah.... Pasar larut matang
6 Satay Basri... Pasar larut matang
7 Yong Taufu Bomba...
8 Nasik Lemak Tupai...kws perindustrian Tupai
9 Nasi Goreng Puyuh – kpg Manggis changkat jering
10 Gulai Kari Ikan Sembilang - Plaza Tol Changkat Jering
11 Gulai Kari Ikan Sembilan – Restoran jalan ke Changkat Ibol
12 Laksa buyong – Taman Tasik Taiping (ikan belut)
13 Laksa buyong – Bukit Gantang (ikan belut)
14 Sup Gearbox – Cafeteria/ Kantin Penjara Taiping
15 Kuetiau/ bihun sup – Wakaf Taiping
16 Pak Lang Asam Pedas - pekan Kamunting
17 Cendol ansari – pekan Kamunting
18 Restoran makanan kampong – seberang jalan hospital Taiping
19 Chickenchop – dekat cimb , jalan kpg jambu
20 Kanji Arab – dekat cimb, jalan kpg jambu
21 Nasi Lemak Sotong Mattom - Petronas Kamunting
22 Beehoon sup daging tanpa tulang (daging & perut) Abng Rosli – Pasartani Taiping
23 Roti Jala - Warung Sudi Selera Stesen Keretapi Taiping
24 Laksa Sotong - depan Balai Polis Pokok Asam
25 Laksa Mexico - di Kamunting/Jln masuk Kpg Jana
26 Laksa Kuala Trong
27 Perut Sumbat Telur di Gerai 31, Densiko Nasi Padang,- bawah Bangunan Larut Matang Taiping
28 Popiah –ellla – bangunan larut matangl...
29 Pasembur Kadir - gerai asal bawah Bangunan Larut Matang, cawangan Tesco Taiping, dekat Bank Islam Taiping, Tesco Kampar, Ipoh dan beberapa tempat lagi
30 Sejenis minuman WHITE di Taiping. BLACK pun ada.
31 Cucur sekupang Pakcik Mei - di Kpg Pinang Kamunting
32 Mee Udang Banjir Mat Teh yg famous itu (peta di bawah)
33 Mee Udang Banjir Salleh (lebih hygiene)*
34 Mee Udang - azraie rekemen Salleh stall kat pekan port weld
35 Rojak Buah Irene Taiping, Market Road sebelah Esso
37 Zamri Kanji Arab Jalan Pejabat Pelajaran Daerah Taiping

2 ulasan:

  1. Salam, saya minta izin guna gambar papantanda Taiping. Sekiranya tuan tidak benarkan saya akan buang dari FB saya. TK.

    BalasPadam