Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 13 Mei 2011

direct to the point

Semalam sembang dengan kenkawan pasai satu berita di harian metro pengacara Salleh Yaakob cukupkan koata kahwin 4. Yang menariknya perempuan yang akan dikahwininya anak gadis menuntut di peringkat sarjana. Fuyoo..hebat tu.

"Ustaz agak-agak Salleh Yaakob ni ada ilmu ke? maksud saya ilmu pikat perempuan." Tanya seorang temanku. "Macammana seorang gadis cantik berpendidikan tinggi boleh terpikat dengan lelaki berusia 50han dan sudah memiliki 3 isteri." Bab-bab macam nie saya malas nak ulas, orang perempuan ni bukan suka sangat cerita pasai madu bermadu.

Bagi saya perempuan ni mudah cair hatinya bila seseorang lelaki itu bijak menggunakan ayat power...dan sentuhan pada hati.. Perempuan yang dapat diselami isi hati dan citarasanya mudah menaruh kepercayaan dan mengharapkan sesuatu. Lihat sahaja kejadian perempuan dari tulung rusuk kiri nabi Adam...bukankah tulang rusuk itu bengkok??Siapa yang dapat meluruskan tulang rusuk bengkok maknanya dia seorang yang bertuah kerana dapat menyentuh hati perempuan dan mungkin dapat menguasainya. Sebaliknya kalau nak betulkan dengan cara yang keras mungkin tulang itu akan patah dan akibatnya sudah tentu hubungan menjadi parah.
"Ustaz... kalau ada ayat-ayat amalan ilmu pengasih bolehlah tolong ajar kat kami..?tak baik kedekut ilmu tau?" Walaupun dalam nada bergurau tapi..bagi aku bab ilmu-ilmu pengasih nie tak dak dalam kamus hidupku. Kalau dah berkenan dihati terus terang sajalah tak payah berkias-kias bersajak-sajak, buang masa saja direct to the point. Kalau dia terima syukur..kalu tak terima maknanya tak dak jodoh. Lagi satu jangan dok pikiak pasai seronok beronok je..fikir tanggungjawab apatah lagi kalau dah ada bini lebih dari satu. Tak kena gaya tak sampai umur 40han misai janggut pun beruban..lebih teruk lagi dengan bulu-bulu kenin sekali.

Tapi aku selutelah dekat lelaki tua nie Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Anak bongsunya baru berusia sebulan.
Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan Islam, Bello kini memiliki 86 isteri berusia dari 19 tahun hingga 64 tahun. Sembilan isterinya telah meninggal dunia manakala dia menceraikan 12 yang lain.

Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang.

Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.

Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan