Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 4 Mei 2011

Alangkah kerdilnya diri ini...

"Ku petik bintang-bintang" Begitulah merdunya suara penyanyi yang mengalunkan lagu tersebut.Pabila kita menatap bintang dilangit, apakah yang tergambar dalam minda kita? Mungkin hati kita akan berkata "Tersangat indahnya bintang yg gemerlapan seandainya aku aku mampu terbang nescaya akan kupetik bintang itu. Itulah yg kita khayalkan.

Sesungguhnya Allah jadikan bintang itu bukanlah benda kecil yg berkelip-kelip spt kelip di hutan bakau. Ianya tersangat besar,mengandungi gas yg sedang terbakar dahsyat. Bintang adalah bola api raksasa yg sedang menyala dgn suhu kepanasan jutaan darjah celsius

Tetapi kenapa ia kelihatan kecil? Ini kereana jaraknya teramat jauh dari bumi. Jarak yg terdekat sahaja 8 tahun kelajuan cahaya bermakna cahaya sahaja memerlukan masa 8 tahun untuk sampai ke bumi.Saintis menyatakan kelajuan cahaya = 300,00 km sesaat.Cahaya memerlukan 8 tahun untuk sampai ke bumi berarti jaraknya = 8th x 365 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat x 300.00 km/s = 75.686.400.000.000 km atau sekitsar 75 triliun...alangkah jauhnya.

Kelajuan kapal angkasa 20ribu km sejam berapa lamakah kita akan sampai ke sana. Kita akan sampai kesana memakan masa 428 tahun. Itu pesawat paling laju dan bintang yhg kita tuju itu adalah bintang yg paling dekat dengan bumi. Sesungguhnya kita tidak akan mampu untuk ke sana. Lantaran itu wajarlah kita merasa diri kita teramat kerdil berbanding dengan alam ciptaan Allah. Justeru mengapa perlu kita bersifat angkuh dan sombong di atas bumi Allah sedangkan Allah ada berfirman yang mafhumnya "Jangan kamu berjalan atas muka bumi ini dengan angkuh dan sombong..kamu tidak akan dapat menembusi tujuh petala bumi dan tidak akan dapat menjangkau setinggi gunung"

Wallahuaklam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan