Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 17 Mei 2011

Ingat...! kalau tak ikut cakap rahsia kau bocor...?

Seorang anak kecil bermain di halaman rumah dengan kayu di tangan. Sedar tak sedar kayu itu terlepas melayang deras mengenai seekur itik peliharaan ibunya. Takut ketahuan dia menarik bangkai itik dan disembunyikan di bawah timbunan sampah. Malang baginya kerana perbuatan itu dilihat oleh kakaknya tetapi yang peliknya si kakak hanya memandang dan tidak berkata apa-apa.

Ketika makan si ibu berpesan pada si kakak agar cuci pinggan dan kemas segalanya. Dengan selamba si kakak menyatakan kali ini si adik yang akan mencuci dan mengemas sambil berbisik kepada si adik "Ingat kalau tak mau rahsia kau bocor?" Si adik bingkas bangun mencuci dan mengemas.

Suatu ketika yang lain si ibu mengajak si adik untuk pergi ke pasar. Si kakak menerpa memberitahu si adik tak mahu pergi sebab nak siapkan kerja sekolahnya dan dialah yang akan menggantikan tempatnya. Sambil mengenyitkan mata pada si adik dengan makna tersirat "kalau kaau nak ikut ibu rahsia kau bocor" Si adik tertunduk lemah...dalam hati barkata "malang sungguh nasibku"

Setelah beberapa hari si adik sudah tidak tertahan lagi menanggung perasaan, diperkudakan oleh kakaknya dengan hanya satu ugutan "Nanti rahsia kau bocor" Lalu si adik terus bertekad untuk berterus terang pada ibunya. Sambil berlutut ia memohon ampun kerana merahsiakan perbuatannya membunuh itik kesayangan ibunya. Ia pasrah dan bersedia untuk dihukum.

Namun si ibu sebaliknya terus merangkul anaknya dengan berkata, " Sayang...ibu tahu, engkau tidak melihat ibu sebaliknya ibu melihat perbuatanmu dari jendela. Namun kerana ibu mencintai anak-anak ibu...ibu memaafkan di atas ketidaksengajaan kamu itu. Tetapi ibu hairan mengapa engkau sanggup diperalatkan oleh kakakmu kerana takut kesalahanmu itu diketahui oleh ibu? Tetapi apapun, ibu ingin memberitahu kamu sesuatu.

Allah itu Maha Melihat. Dimana sahaja kita berada dia melihat segalanya perbuatan kita. Kerana dia juga memiliki sifat Rahmah maka Dia (Allah) amat mudah mengampunkan dosa hamba-hambanya yang sentiasa berdoa dan meminta. Hanya peliknya bagi manusia dia tak segera memohon keampunan setelah melakukan dosa sebaliknya sanggup membiarkan iblis syaitan mempermainkannya. Jangan sampai nyawa berada di halkom baru nak mintak ampun di atas dosa yang dikerjakan.."

Muhasabahlah diri ...dan renungkan dengan pancaran mata hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan