Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 8 Mei 2011

Inilah yang aku nak tengok...


Susah nak cari orang yg jaga sembanhyang apatah lagi berada ditempat orang ramai contohnya stadium. Bukan kata di stadium ikut rombongan lawatan pun dah ramai yg aku tengok tinggal sembahyang. macam tak takut je dgn dosa tinggal sembahyang. Aku pun tak tahu kadangkala dengar cakap tentang Islam fuhh..membara semangat, tegak bulu roma dibuatnya.

Sesungguhnya aku teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain bolasepak Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta.

Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar. Ini antara watak-watak yang menjadi kebanggaan rakyat Kelantan meskipun ada segelintir penyokong Kelantan yang menyebabkan penyokong Kelantan yang lain dipandang sinis penyokong pasukan lain. Yakinlah! Kemenangan atau keputusan perlawanan akan lebih bermakna jika mendapat keredhaan Illahi.

2 ulasan: