Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 29 Februari 2012

Nenek ‘Kembali’ Hidup Keluar Dari Keranda



CHINA – Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.

Li Xiufeng didapati langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera dua minggu lalu.

Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.

Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara pengebumian ibunya itu.

Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Bagaimanapun, sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua itu kosong.

“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.

Ekoran dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.

Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.

“Saya tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba.

Ketika tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang didiaminya itu terlalu berat.

“Saya menolak tudung untuk masa yang lama untuk memanjat keluar,” katanya.

Perkara pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama enam hari.

Oleh: NAIMAH SHAARI/mynewshub

Tentera AS 'Belajar' di Masjid Ohio


Tentara AS 'Belajar' di Masjid Ohio
Sekumpulan tentera Amerika telah melawat sebuah masjid di Ohio. Hal ini mereka lakukan, untuk mendapatkan pemahaman lebih baik tentang islam dan latar belakang yang mungkin mereka hadapi dalam misi masa depan mereka.

"Tugas kami adalah untuk menenangkan hati dan fikiran," kata Kapten Patrick Seaman, dikutip The Columbus Dispatch, Selasa (28/2), dikutip onislam.

Menurutnya, "Saya tidak mahu pertama kalinya mereka bercakap dengan seseorang dari negara-negara lain atau iman mereka menjadi (sementara dikerahkan),"

Tiga puluh atau lebih tentara cadangan prajurit dari Kompi B, Batalion urusan awam 412th (Lintas Udara), melawat pusat kebudayaan islam Noor, di Hilliard pada Sabtu lepas.

Selama lawatan, para askar bertemu dengan beberapa ahli masjid, dan banyak dari mereka lahir di luar negeri.

Mereka menghabiskan kira-kira tiga jam di pusat kebudayaan islam itu, dengan berbicara dengan beberapa ahli masjid serta makan bersama makanan tradisional india dan makanan timur tengah.

Siapakah lelaki ini..???

Cikgu Abdul Halim Bustamam
Aku pernah bertemu dengan seseorang yang mempunyai perwatakkan pelik. Dalam kuliah bulananku di sebuah surau di pekan Selama Perak aku pernah dikunjungi oleh seorang lelaki yang mempunyai perwatakkan dan penampilan yang agak pelik.

Menurut penduduk setempat lelaki ini boleh muncul secara tiba-tiba tanpa sebarang kenderaan dan menghilang tanpa disedari. Menurut mereka kami nampak ia solatIsya di Surau ini... pastu bila ada program ceramah di tempat lain yang jaraknya agak jauh tiba-tiba sesampainya kami di tempat ceramah kami boleh ternampak kelibat lelaki ini duduk di tapak ceramah sedangkan ketika kami beredar turun ia masih lagi berada di surau.
Aku tegur jugak lelaki ini tapi dia hanya senyum sambil dok pegang bijik tasbih sebesar biji guli.

Gambar di atas tak dak kena mengena dengan lelaki pelik yang aku temui tu. Tapi..lelaki inipun kira pelik jugak. nama lelakli ini Cikgu Abd Halim Bustamam.Orang kata Cikgu ini menghadapi masaalah mental. Dia mengaku sebagai "Ketua Saintis Sedunia" Tapi dia memang hebat kerana sentiasa beri kuliah jalanan dengan ilmu dan kepakarannya. Entahlah dunia hari ini makin ramai manusia pelik

Akhirnya balasan Allah tiba jua...

Masih ingat lagi lukisan kartun kontrovesi yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia dahulu, di mana seorang pelukis kartun telah cuba menghina dan mengaibkan Nabi Muhammad S.A.W dengan keganasan.
Ketahuilah bahawa pelukis kartun tersebut telah mati dalam keadaan sangat mengerikan, dia telah mati dalam keadaan rentung.
Bagaimana dia boleh rentung tidak diketahui,kisah kematiannya juga dikhabarkan telah cuba disembunyikan, tapi sebusuk-busuk bangkai takkan mampu ditutup dengan daun.

Walaupun dia pernah beberapa kali cuba dibunuh kerana kontroversi lukisannya, namun beberapa kali juga dia telah berjaya menyelamatkan diri.

Akhirnya si penghina kekasih ALLAH telah menerima balasannya.

Mungkin dia mahu menghina kekasih ALLAH lagi, dia sekali lagi menggantikan jubah Nabi dengan bom, dan terus sahaja lukisan bom itu meletup.. siapa tahu..

Kuasa ALLAH mengatasi apa sahaja yang mampu difikir manusia./tukang lawan.

Baru ada "Nur" pada wajahnya...



Siapa kata wanita akan hilang keayuannya bila bertudung. Wanita ini pernah didoakan oleh Wardina Saffia (bekas pengacara MHI Tv 3) kerana menurutnya pengacara ini antara yang tak pernah meninggalkan solat subuh sebelum bertugas di Konti MHI. Namun ketika itu ia masih belum berhijab (bertudung).

Sesungguhnya inilah kehidupan di dunia..kita hidup di dunia ini tidaklah lama......tak de gunanya kita menderhaka pada Pencipta kita. Apabila hidayah datang tidak ada siapapun yang boleh menyekatnya. Khabarnya pengacara ini bertekad untuk meninggalkan pengacaraannya di TV 3. siapakah pengacara ini ? Tal lain tak bukan inilah Abby Fana.

Selasa, 28 Februari 2012

Bukti Gempar : Kitab Injil 1500 Tahun Sahkan Muhammad Adalah Rasulullah

Satu naskhah Kitab Injil berbahasa Aramic (mrenggunakan tulisan Siryani) berusia lebih 1500 tahun telah ditemui di Turki. ia mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah yang akan didatangkan selepasnya.

Insiden ini benar-benar menggemparkan vatican Pusat kristian sedunia. Sebenarnya naskhah Injil asal tersebut telah ditemui sejak 12 tahun yang lalu...namun atas desakkan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan kepada umum. ini kerana mereka bimbang ada persamaan dengan Al-Quran terutama tentang kelahiran Rasul akhir zaman.

Naskhah Injil ini dipercayai telah dilarikan oleh seorang hawariyun ketika gerakan dan usaha membunuh nabi Isa as. Kini naskhhah ini ditemui dan disimpan di Turki. Ia pertnah ditawarkan dengan harga 22 juta US. Apa yg termaktub dalam naskhah Injil ini ialah sati kisah bagaimana seorang tukang tilik bertanya kepada Nabi Isa siapakah nabi yang akan datang selepas daripadanya. Dengan tegas Nabi Isa menjawab "Muhammad"

Naskhah Injil ini dibuat dari kulit dan menggunakan dakwat emas dan ditulis pada kurun yang kelima atau ke enam masihi. Ia adalah sebahagian dari satu salinan Injil Barnaba.

Isnin, 27 Februari 2012

Guru sakit mental ???

Dua tiga hari ni agak stress sikit. Mungkin kerana bebanan kerja yang semakin bertambah dan program yang padat menyebabkan tubuh kurang rehat. Apabila badan kurang rehat implikasinya mood untuk menulis dalam blog agak kurang dan idea pun terbantut.

Kali nie nak cerita mengenai banyak guru sakit mental..betulkah begitu. Sesungguhnya statistik menunjukkan gejala sakit mental di kalangan guru telah bertambah dari setahun ke setahun. Menteri Pelajaran sebuk dengan agenda politiknya, Pengarah PPD pengetua dan guru besar sibuk hendak mengejar kecemerlangan. Yang jadi mangsa adalah guru dan pelajar sehingga dilaporkan 12% atau 3.3 juta juta rakyat Malaysia mengalami masaalah mental dan stres.

Kalau asyik nak buat survey, kajian demi kajian mengenai masaalah beban tugas guru sampai bila nak selesai,sampai tahun 2020?? yang kaya para konsultan yang dilantik. Kalau dan menteri,pengarah dan guru besar dan guru tidak dapat meluahkan perasaan,hanya pada Allah kita memohon pertolongan dan berserah

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Selasa, 21 Februari 2012

Tengok-tengoklah dulu kalau nak belajar ilmu persilatan

18 tahun yang lalu, ketika bertugas di Lahad Datu ada hamba Allah yang menawarkan aku agar melengkapi diri dengan ilmu persilatan. Tak silap aku 'Persilatan Wali Suci" satu nama yang cukup gah bagi diriku. Bahkan ketika satu demontrasi dilakukan amat sukar diterima akal kerana dengan jurus angin saja boleh memutuskan jantung pisang. 'Ustaz...kalau kita fokus dgn mata hati jantung pisang itu adalah jantung si pulan, terputus jantung pisang, putuslah jugak jantung si pulan itu"

"Cantiekk ilmu ni..aku mau belajar bah..nanti senang kasi putus jantung presiden Amerika atau Presiden Israil..kita kasi jurus jarak jauh..ndak payah guna senjata dan siapa pun tak tau.." Itu yang aku kata. "Itu ndak bisa bah ustaz..?" "kalau ndak bisa...kenapa aku perlu belajar, cuma nak kasi kena orang Islam saja...ini sudah mengarut namanya.

Satu lagi ilmu namanya 'ilmu persilatan Kera Sakti. Mereka kononnya sangat kebal. Dilanggar kereta pun tak memberi kesan. namun satu berita yang aku baca dalam satu portal menyebut bagaimana dua orang ahli silat Kera Sakti mati serta merta dan seorang lagi kritikal dan mati dalam perjalanan ke hospital

Mereka minum racun tikus, digelek dengan motosikal dan akhirnya dengan motokar. Aksi maut ini dilakukan disaat anggota perguruan Kera sakti mengikuti ujian kenaikan tahap perguruan di stesyen bas antara Kota Noebaki,Kabupaten Kupang, Nusa Tenggara Timur.

Orang ramai yang menyaksikan ujian tersebut menyatakan peringkat awalnya mereka meminum racun tikus tetapi tebukti tidak membawa kesan apa-apa. Seterusnya tiga antara mereka berbaring dan digilis dengan motorsikal berulangkali masih juga tidak memberi sebarang kesan bahkan sedikit pun mereka tidak mengeluh kesakitan.

Ketiga anggota ini yang merasakan diri mereka cukup kebal menerusi aksi maut ini dengan berbaring... dan kali ini satu pick cup bersedioa untuk menggelek dan menggilis mereka. Ketiga-tiga mereka ialah Ebieidio Sarmento (20), Elder Cruz (21) dan Abilio Fretis (18)

Ketika digilis terdengar teriakan yang amat kuat dari mereka, lalu ternyata tubuh mereka remuk digilis pick cup. kepala mereka pecah dan dada mereka remuk dan mati serta merta ditempat kejadian.

sememangnya ini satu kerja bangang, tak dak kepala hotak. Adakah Rasulullah saw pernah belajar ilmu kebal atau ilmu mistik. Rasulullah berjuang sampai patah gigi Nabi dan ada ketikanya darah Nabi mengalir turun sehingga ke tumitnya. Orang yang berjuang fi Sabilillah bercita-cita untuk mati syahid kerana ganjarannya amat besar.

Nak belajar ilmu pertahankan diri, belajarlah tapi jangan sesekali ada unsur-unsur mistik dan sihir.
Wallahuaklam

Beza perempuan dengan betina...

Kekadang rasa pelik jugak tengok kenkawan yang masih bujang hingga umur hampir cecah 40han. Pasai apa ? bila tanya balik...jawapannya mudah susah nak beza antara perempuan dan betina. Bertudung tapi loglak,gedik tah apa-apa lagi.

Betoi jugak..tiap malam aku pergi bagi kuliah di masjid surau, orang perempuan muda boleh kira dengan jari..seropa jugak dengan anak muda lelaki. Bila tak suka mengaji agama jadilah Islam bagi mereka hanya retorik. Bertudung tapi membonceng mat-mat rempit.

Orang tua-tua dulu kalau nak merisik..depa datang time nak masuk waktu sembahyang. Bila tengok anak dara pakai telekong sembahyang itu satu pertanda baik dan sesuai untuk dijadikan anak menantu. Bagi mereka soal cantik, comel lote letak no 2 yang penting agama dan sedap mata memandang.

Bila baca keratan berita di bawah dapatlah kita membezakan antara pompuan dengan betina

JOHOR BAHRU: Seorang pelayan pusat karaoke mendakwa terpaksa menawarkan khidmat seks ketika bekerja di situ, bagi mengumpul wang untuk membiayai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung beberapa bulan lagi.

Alasan itu diberikan ketika anggota polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Johor menyerbu sebuah bilik hotel bajet terletak di belakang pusat karaoke tempat wanita itu bekerja, dekat Jalan Tun Abdul Razak di sini, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, wanita terbabit baru saja selesai melayan seorang lelaki yang melanggannya ketika mengunjungi pusat karaoke berkenaan.

Sebaik ditahan, wanita berusia lingkungan 20-an itu menangis meminta dilepaskan kerana bimbang perkahwinan yang dirancangnya beberapa bulan lagi musnah jika kegiatan itu diketahui tunangnya.

Bukan kata otak kita bercelaru..musim buah pun dah jadi tak tentu hala...bercelaru

  • Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan 40-an tentu dapat merasakan perbezaan musim buah-buahan semasa zaman kanak-kanak dulu dengan sekarang.
  • Masa zaman kanak-kanak dulu musim kampung-kampung di negara kita menikmati hasil buah-buahan seperti manggis, rambutan dan juga durian adalah tetap dan berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun.
  • Sekarang samada kita perasan atau tidak kita boleh mendapatkan bekalan buah-buahan seperti rambutan, ,manggis dan juga durian pada waktu yang tidak menentu.
  • Boleh dikatakan dalam masa setahun banyak kali bekalan buah-buahn tersebut muncul di pasaran. Musimnya telah berubah menjadi bercelaru dan tidak dapat dijangka sama sekali.
  • Kalau dulu para suami amat risau apabila isterinya mengandung dan mengidamkan buah yang bukan pada musimnya, sekarang, itu bukanlah lagi menjadi masalah besar. Sebut saja nak buah apa, biasanya kita boleh cari.
  • Jawapan kepada perubahan pelik di atas adalah disebabkan fenomena perubahan iklim dunia yang telah melanda di seluruh mukabumi dengan amat ketara sekali.
  • Antara kesan yang paling ketara yang dapat dirasakan adalah dalam industri pertanian sebagaimana yang sedang kita lihat sekarang ini.
  • Selain daripada perubahan musim buah-buahan dalam industri pertanian, perubahan serangan penyakit serta serangga makhluk perosak juga adalah sesuatu yang membimbangkan sektor pertanian di negara kita.
  • Perkara ini dibentangkan oleh Ketua Pengarah Mardi di dalam satu perbincangan meja bulat mengenai masalah dan cabaran pertukaran iklim dunia dalam sektor pertanian dan pemakanan yang diadakan di UTM sempena minggu New Zealand yang diadakan di sana.
  • Ikan yang boleh menyiat mangsanya hanya 5 minit sahaja

    BRASILIA – Sekumpulan ikan pirana menyerang pelancong yang mandi di sungai selatan Brazil dan mengakibatkan 20 daripada mereka cedera akibat digigit di tangan dan kaki. Laman web berita, G1 yang memetik pasukan penyelamat, berkata serangan luar biasa itu berlaku apabila sekumpulan spesis pirana, Palometas mengejutkan ratusan pengunjung yang sedang bersantai di pantai Toropi, iaitu terletak di daerah Rio Grande do Sul.

    Katanya, 20 mangsa yang mengalami kecederaan di tangan dan kaki dirawat di tempat kejadian.

    Isnin, 20 Februari 2012

    Berdahi hitam tanda orang tu banyak solat...betul ke?

    Saya pernah ditanya. Betulkan orang yang hitam dahinya tanda orang yang banyak solat? jawapannya mungkin ya dan mungkin juga tidak. Seorang teman yang berkerja sebagai tukang kebun sekolah mempunyai dahi yang hitam tapi suka mengorat dan kaki ekor, tapi....nengok dahi masyaallah hitam bergaris. Dalam Al-Quran Allah berfirman
    مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ

    Yang artinya, “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud” (QS al Fath:29).

    Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang mengira bahwa dahi yang hitam karena sujud itulah yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud’. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

    Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik. Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat dari Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyuan. Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, “Ciri mereka adalah solat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546).

    عَنْ سَالِمٍ أَبِى النَّضْرِ قَالَ : جَاءَ رَجُلٌ إِلَى ابْنِ عُمَرَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ قَالَ : مَنْ أَنْتَ؟ قَالَ : أَنَا حَاضِنُكَ فُلاَنٌ. وَرَأَى بَيْنَ عَيْنَيْهِ سَجْدَةً سَوْدَاءَ فَقَالَ : مَا هَذَا الأَثَرُ بَيْنَ عَيْنَيْكَ؟ فَقَدْ صَحِبْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَهَلْ تَرَى هَا هُنَا مِنْ شَىْءٍ؟

    Dari Salim Abu Nadhr, ada seorang yang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakr, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698)

    Tebuan paling berbisa di dunia


    Tebuan raksaksa Jepun
    • Ia dikenali dengan nama saintifik Vespa Man darinia Japonica dan sudah tentu dari namanya kita tahu berasal dari Jepun.
    • Tebuan ini berupaya menyembur racun yang boleh meleburkan daging kita dan sesiapa yang terkena semburan tersebut bakal mengalami kecederaan yang teruk.
    • Sekurang-kurangnya 40 orang di Jepun meninggal dunia setiap tahun akibat terkena serangan berbisa Tebuan raksaksa ini.
    • Menambahkan lagi kengerian adalah ia akan memanggil semua rakannya dari sarang untuk keluar dan terus menyerang musuhnya bertubi-tubi sehingga mangsa itu tak sempat lansung memikirkan untuk menghubungi Pest Sciences bagi mendapatkan pertolongan.
    • Untuk mencari makan Tebuan ini akan menyerang sarang lebah yang dipenuhi oleh 30,000 lebah dewasa bagi mendapatkan makanannya yang berada ditengah-tengah sarang lebah tersebut. Biasanya dia akan memanggil rakannya yang lain sebanyak 30 ekor dan mereka akan menghancurkan serangan 30,000 ekor lebah itu dengan mudah.

    Ahad, 19 Februari 2012

    Peringatan untuk penggemar Teh ais...

    Kalau difikirkan kembali kenapa penduduk China dan Jepun sentiasa sihat dan berusia panjang.Mungkin ada benarnya pendapat yang menyatakan mereka tidak suka minum ais dan kebiasaan mereka suka minum air panas sewaktu menikmati hidangan.

    Kajian menunjukkan mereka yang suka minum minuman yang berais mudah diserang sakit jantung. Ia membekukan makanan yang berminyak dan melambatkan proses penghadaman makanan. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan pengumpulan lemak dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Apa yang paling ketara ialah serangan jantung dan strok.

    Pemimpin Yang merasai Denyut Nadi Rakyat

    Setelah memegang jawatan sebagai presiden Iran Ahmadinejad telah menyumbangkan seluruh karpet Istana yang pernah didiami oleh Shah Iran pemimpin Iran yg terdahulu kepada masjid-masjid di Tehran dan menggantikan denganm karpet biasa yg lebih mudah untuk dibersihkan.

    Ruang tamu presiden untuk tetamu VIP hanya disediakan 2 kerusi kayu

    ketika waktu terluang presiden Ahmadinejad suka bergurau senda dengan orang bawahannya di pejabat kerajaan tanpa sebarang protokol

    Sentiasa memberikan peringatan kepada jamaah menterinya agat hidup sederhana

    Beliau juga telah menunjukkan contoh dimana ia mengumumkan harta yang dimiliki hanyalah sebuah rumah sedrhana warisan keluarganya dan sebuah Peageot 504 tahun 1977. Dib eritakan gajinya sebagai Presiden adalah sekitar US 250.oo

    -Sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana presiden ialah beliau sentiasa membawa bekal makanan yang disediakan oleh isterinya di rumah
    Di mana sahaja ia menginap, ia meminta agar diberikan satu bilik biasa kerana ia tidak suka tidur di aras katil mewah,tetapi lebih suka tidur di atas lantai beralaskan karpet dan selimut

    Ketika azan berkumandang ia akan bergegas menunaikan solat dan meninggalkan segala urusan di mana sahaja beliau berada neskipun hanya beralasan karpet biasa

    Bagi aku, pemimpin yang sebegini amat sukar dicari. inilah mungkin salah satu sebab kenapa Amerika amat memusuhi Iran selepas tumbangnya rejim Shah Iran yang hidup dalam kemewahan. Sebab itu aku amat meluat mendengar ucapan retorik pemimpin yang berkata dengan penuh semangat "Kita akan turun ke padang untuk bersama-sama merasakan denyut nadi rakyat." Sedangkan mereka datang dijamu makanan yang sedap-sedap menginap di hotel, Perjalanan tanpa perlu menunggu lampu merah diiringi polis trafik yang meminta rakyat ke tepi kerana pemimpin besar nak lalu.

    Ingat ... jawatan pemimpin bukannya satu ghanimah tetapi satu amanah yang akan dipertanggungjawab di Akhirat kelak.

    Lembaga hitam dukung nenek

    Lembaga hitam dukung nenek
    SUNGAI BARU: Seorang nenek kepada 30 cucu yang hilang dalam tempoh 24 jam pada Rabu lalu mengadu dilarikan dan dikawal oleh tiga lembaga hitam tidak dikenali sepanjang kehilangannya.

    Johara Ahmad, 83, mendakwa, sebelum ditemui jirannya di tengah-tengah sawah dalam keadaan letih, dia dijaga oleh tiga lembaga yang sukar dikenal pasti sama ada lelaki atau perempuan.

    Anaknya, Masitah Mat, 60, berkata, ketika kejadian dia keluar ke bank manakala Johara tinggal bersama adiknya, Zurina, 51, di rumah mereka yang terletak di Kampung Sungai Baru Tengah.

    Menurutnya, kejadian itu diketahui apabila Zurina menghubunginya dan bertanyakan mengenai ibu mereka yang tiada di dalam rumah.

    “Saya menyuruh Zurina mencari ibu di bilik air, namun tiada dan puas dia mencari di sekeliling rumah tetapi gagal ditemui.

    "Saya segera pulang ke rumah dan kemudian terus mengajak adik saya untuk mencari ibu sehingga malam, namun tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian.

    Ditemui 5 km dari rumah

    Masitah berkata, mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Alor Janggus bagi mendapatkan bantuan mencari ibu. Dia berkata, keesokan harinya (Khamis) jiran mereka memberitahu Johara telah ditemui di kawasan lopak berhampiran sawah padi yang terletak di Kampung Parit Buaya, kira-kira 5 kilometer (km) dari rumahnya.

    “Sewaktu jiran saya membawa ibu pulang, dia kelihatan agak letih mungkin disebabkan tidak tidur, makan dan minum semalaman.

    “Ibu juga ada memberitahu saya, dia dijaga oleh tiga lembaga atau 'orang' sepanjang berada di kawasan sawah padi itu, namun tidak mengenali mereka,” katanya.

    Johara yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Lang dalam kalangan penduduk kampung tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu sejak dia dijumpai kira-kira jam 11 pagi.

    Nampak orang cari tapi tak mampu mengeluarkan suara

    Masitah berkata, Johara juga memberitahu dia terlihat orang kampung yang sedang mencarinya di kawasan berkenaan, namun tidak boleh memanggil mereka kerana dihalang oleh lembaga itu.

    Dia berkata, usaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai juga terhalang apabila hanya dia sahaja yang boleh nampak orang di sekelilingnya sedangkan orang lain tidak boleh melihatnya walaupun mereka berada di kawasan berhampiran.

    “Saya dan adik ada juga mendapatkan bantuan daripada bomoh sewaktu ibu belum ditemui dan bomoh turut memberitahu hanya ibu sahaja yang boleh melihat orang di sekeliling namun tidak sebaliknya.

    “Sejak ibu dibawa pulang, dia juga kurang selera makan berbanding sebelum ini dan lebih banyak minum air termasuk air teh yang sebelum ini dia tidak gemar,” katanya.

    Masitah berkata, Johara hanya menceritakan suasana di tempat kejadian kepada mereka sekeluarga setelah mula mengingati apa yang berlaku. Apa pun, mereka sekeluarga berasa lega apabila Johara ditemui dalam keadaan selamat.

    Temui Johara duduk atas tanah bendang

    Sementara itu, Johara berkata, sewaktu perjalanan ke kawasan berkenaan, dia tidak berasa letih walaupun jauh kerana berasa seolah-olah ada orang yang mendukungnya ke sana.

    Sinar Harian turut menanyakan Johara lebih lanjut mengenai kejadian, bentuk tubuh serta usia tiga ‘orang’ atau lembaga misteri yang menjaganya, namun Johara tidak dapat menjelaskannya kerana tidak dapat mengingati secara keseluruhan apa yang berlaku.

    Penduduk, Ismail Othman, 70, berkata, sewaktu dia terjumpa dengan Johara, wanita itu sedang duduk di atas tanah yang telah dilalui oleh jentera padi.

    Dia yang sebak melihat keadaan Johara yang kelihatan pucat lesu segera mengangkat lalu memapah untuk dibawa pulang ke rumah.

    “Pada awalnya saya tidak menyangka objek hitam di tengah petak sawah ialah Johara namun saya tetap mendekati objek terbabit untuk mendapatkan jawapan.

    “Johara juga ada memberitahu saya yang dia dijaga oleh tiga lembaga berwarna hitam dan bertubuh besar sepanjang berada di petak sawah itu,” katanya.

    Ismail berkata, tidak banyak yang ditanyakan kepada Johara mengenai kejadian itu kerana sepanjang perjalanan pulang, dia berasa sedih melihat keadaan Johara.

    2 bulan terperangkap dalam kereta

    STOCKHOLM, Sweden: Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.

    Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.

    Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.

    Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.

    Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.

    Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.

    Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.

    Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.

    Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.

    Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.

    “Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya,” katanya.

    Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.

    “Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.

    “Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan,” kata Dr. Branth.

    Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.

    Jumaat, 17 Februari 2012

    Guru Jumud...? Jumud pun Jumudlah....

    Hari tu dok sembang dengan kenkawan sekerja. Bila umur persaraan dilanjutkan sampai 60 tahun banyak yang geleng kepala. Bukan apa, ada yang terpaksa sain pasai dok pikiak hutang dan kos hidup yang tinggi ditambah lagi dengan beban tugas yang makin meningkat dari hari ke sehari. Tugas guru makin membosankan kerana makin canggih teknologi makin banyak dokumentasi yang kena buat begitu jugak dengan karenah birokrasi.

    "Tak apalah ustaz..dah tua macam kita nie, pic up pun dah slow..jumud pun jumudlah akupun dah tak larat nak sambung belajar ambil ijazah walaupun ditawarkan"Inilah yang dikatakan oleh mereka. Akupun dah ambil keputusan nak bersara awal, memang stress dok fikir kerja...kerja...kerja bila masa nak ibadat Renung-renungkanlah kisah yg dipaparkan di bawah ini.

    Bapa yg bekerja sebagai Technician berjaya mendidik anaknya menjadi seorang Engineer. Ditakdirkan Allah anaknya bekerja di syarikat dan jabatan yg sama dgn bapanya di PENANG.


    Ketika sesi “review” kenaikkan gaji tahunan, si Anak memanggil Bapanya untuk sesi temubual:

    Anak: Ayah tahu dak pasai apa saya panggil bapa?

    Bapa: Dah tau dah, 42 tahun aku dok kerja sini.

    Anak: Saya panggil bapa NAK bagi “review” tahunan. Saya menilai prestasi bapa dari segi “attitude”, “attendance” dan “quality kerja”.

    “Attitude”- saya tengok bapa banyak dok menyembang perkara yg tak bersangkut paut hal kerja. Bapa banyak dok melepak di kantin dan surau.

    “Attendance” saya tengok rekod bapa terlalu banyak MCs.

    “Quality kerja” mungkin sebab bapa org lama, semua kerja bapa buat secara “work smart”. Cukup sempoi. Jadi “attitude” saya bagi “D”, “Attendance” saya bagi “E”, “Quality Kerja” saya bagi “B”. Nilai purata prestasi bapa saya bagi “D”.

    Mengikut skala gaji.. kenaikkan gaji bapa adalah sebanyak RM15 ringgit utk tahun ni. Ada apa apa komen ?

    Bapa: Hang nak suruh aku menyembang pasai kerja… hang tau dak aku cemuih gila dok tengok mesin tu sampaikan berapa banyak skru yg ada di mesin tu pun aku tau. Dok lepak di kantin sekurangnya lepas juga rindu aku dekat warung kopi tempat org tua macam aku dok melepak.

    Nak kira pasai “attitude” hang pun tak ok jugak. Yang hang dok lepak di cyber café dgn kawan2 hangtu nak kira camna? Sampai lupa anak bini. Dahla anak hang ramai, bini penyegan, Mak hang dok kena darah tinggi. Sampai aku takdak mood nak kerja.

    Hang tau ka? Aku yg tak mai kerja “mcs” tupun pasai hang juga. Dok jaga anak2 hang. Buas nak mampuih. Hang takkan tak tau aku ni sakit pinggang. Sakit pinggang aku ni makin teruk lepaih hang dapat anak lagi. Jenuh aku dok kepung depa. Hang tau apa. Yang hang tau dok mengadap laptop sampai lupa dunia.

    Bab kualiti kerja tu.. hang tak payah nak tunjuk “terra”. Semua dlm poket aku. Aku dok di kantin lama2 pun aku dah tau apa jadi kat mesin.

    Lani camni…. pasai gaji pun naik RM15 saja, aku nak ambik duit epf aku pun lambat lagi, aku nak tuntut elaun parttime jaga anak-anak hang. RM200 sorang.

    Anak: Ikut suka bapa la (dlm hati: balik rumah boleh adjust lagi nie, biaq pi la, dia dok tengah naik angin)

    Itu kes jikalau sianak yg jenis betul bendul dgn syarikat. Bagaimana pula jenis yg cerdik terlampau…. bukankah ianya menggalakkan RASUAH DAN KRONISME didlm organisasi.. wallahualam

    Khamis, 16 Februari 2012

    Tolong jaga penghormatan orang pada kita...

    Aku amat sensitif bila dengar ustaz buat kerja tak senonoh. Bukan apa pepatah melayu ada menyatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Aku bukan nak bangga sangat dengan gelaran ustaz, tapi jagalah penghormatan masyarakat terhadap gelaran ini. jangan ambil kesempatan di atas penghormatan ini.

    PERMATANG PAUH – Seorang pengarah syarikat produk makanan yang juga kakitangan awam sebuah syarikat pelabuhan bergelar ustaz dicekup kerana bersekedudukan dengan seorang wanita bukan muhrim di sebuah rumah dekat Pangsapuri Pesona, di sini, petang semalam.

    Serbuan ke atas rumah yang terletak di Blok A pangsapuri itu dilakukan Biro Keselamatan Persatuan penduduk Pangsapuri Pesona, kira-kira jam 6 petang selepas menerima aduan daripada jiran tetangga.

    Sinar Harian difahamkan, lelaki berusia lingkungan 50-an itu sudah berkahwin dan mempunyai anak dan tinggal di Lunas, Kedah.

    Difahamkan juga, rumah di pangsapuri itu dibeli dari seorang doktor kira-kira dua tahun lalu hanya dijadikan sebagai tempat persinggahan.

    Sementara itu, wakil biro yang hanya mahu dikenali sebagai Lan berkata, intipan sudah dibuat ke atas rumah berkenaan sejak setahun lalu selepas pihaknya banyak menerima aduan daripada jiran lelaki berkenaan.

    Menurutnya, lelaki itu didakwa menggunakan tiga kenderaan berbeza setiap kali singgah ke pangsapuri itu, selain mendakwa setakat ini kira-kira enam wanita berlainan dibawa masuk ke rumah berkenaan.

    “Ketika serbuan dilakukan, lelaki itu enggan memberi kerjasama dan hanya membuka pintu selepas kira-kira 20 minit diketuk. Apabila pintu dibuka, dia hanya berkain pelekat dan berbaju, manakala wanita itu pula sudah menanggalkan tudungnya.

    “Pada mulanya, dia memberitahu bahawa wanita berusia lingkungan 20-an itu adalah anaknya. Tetapi, apabila pemeriksaan dilakukan ke atas kad pengenalan kedua-dua mereka mendapati sebaliknya. Dia kemudiannya menukar kenyataan pula dengan mengatakan wanita
    itu anak saudaranya dan memberi alasan mahu memberikan gula kepada wanita itu,” katanya.

    Dalam pada itu, ibu wanita berkenaan yang tiba tidak lama kemudian dilihat terkejut dengan situasi yang berlaku dan mengakui lelaki itu adalah anak angkatnya.

    Pengerusi Kariah Masjid Timah, Ibrahim Talib turut hadir bagi memberi nasihat kepada pasangan berkenaan.


    Rabu, 15 Februari 2012

    Qalbun maiyyit tanda hidup akan celaka di akhirat kelak

    Qalbun maridh adalah hati yang ada penyakit. Penyakit hati boleh diperbaiki dan dirawat. Namun kalau hati sudah mati (Qalbun Maiyyit) bermakna kecelakaanlah yang bakal menimpanya di hari akhirat kelak. Hidayah tidak akan masuk dan hati akan jadi amat sakit apabila mendengar ayat suci al-Quran dialunkan.

    Akibat memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum solat subuh, seorang penjaga Madrasah Nur Iman di Leboh Raya Salor menerima ugutan rumahnya akan di bakar. Hassan (50th) memberitahu dia menerima surat ugutan tersebut yang dimasukkan dalam peti surat rumahnya jam 7.30 pagi pada 31 januari yang lalu.

    Sementara itu AJK Masjid Muhammad Yusof berkata, JAHEAK pernah menyiasat perkara tersebut dan tidak melarang supaya berhenti mengalunkan bacaan Al-Quran sebelum subuh.

    Replika dan Gambar Rumah Rasulullah SAW

    Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

    Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”

    Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”

    Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.

    Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-

    Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah
    yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.


    Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat "tukanglawan" cari.


    Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

    Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-


    Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda



    http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/reruntuhan-rumah-khadijah_o.jpg
    Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
    .
    http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/pintu-masuk-kmr-rasul-di-rmh-khadijah_o.jpg
    Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as
    .
    http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/kamara-nabi-sayyidah-khadijah.jpg
    Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
    .
    http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/tempat-ketika-sayyidah-fathimah-zahra-dilahrirkan_o.jpg
    Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
    .
    http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/mihrab-tempat-rasulullah-biasa-shalat-di-rmh-khadijah_o.jpg
    Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

    Selagi Daulah Islam tak di tegakkan selagi itu kebiadapan pada Islam akan terus berlaku

    Islam dibina bukan atas dasar dakwah semata-mata. Tetapi Islam perlu ditegakkan dengan mendaulatkan hukum Allah. Apabila hukum Allah tak ditegakkan maka inilah yang berlaku.Mereka yg keluar Islam diminta kembali bertaubat. Jika tidak mahu bertaubat darah mereka halal ditumpahkan dengan hukuman bunuh. Apatah lagi orang yg murtad itu terus menerus menghina dan mencaci islam maka wajib mereka ini di perangi habis-habisan

    Namun...kerana kita beramal dengan undang-undang sikular maka mereka bebas mengeluarkan kenyataan biadap sama ada dalam twiter,blog maupun facebook antaranya ialah spt yag ditulis oleh betina ini.

    Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu akan nama Tengku Sophia yang amat mengemparkan statement beliau di twitter dimana belia menghina Agama Islam dan menghina Azan yang kini telah memeluk agama Kristian. Twitter beliau iaitu @TengkuSophia kini sudah menghampiri 40 ribu followers dari serata Nusantara.

    Provokasi melampau ini ternyata mengundang kemarahan umat islam senusantara dan amat memalukan dirinya sendiri. Setiap agama telah menetapkan untuk kebebasan beragama dan mengamalkan budaya masing-masing. Namun Tengku Sophia ini langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam seluruh nusantara. Nasib baik dia tak hidup di zaman khalifah Al-Rasyidin kalau tidak dah lama dah kepala dia putus dipenggal oleh Khalifah Umar Al-Khatab

    Banyak perkara yang tidak puas hati disampaikan oleh Tengku Sophia ini, beliau seharusnya menghormati agama lain dan bukannya mempertikaikan isu agama Islam itu. Beliau seharusnya dihukum oleh pihak berwajib bagi mengelakkan provokasi lebih besar bakal berlaku di Nusantara ini.

    Didalam twitter beliau, Tengku Sophia turut menghantar status seperti :-
    - ISLAM is agama SESAT and paling BODOH karena sembah ALLAH SWTF yang HALALKAN POLIGAMI.

    - Muhammad swtf adalah Kekasih ALLAH SWTF. *Can you **** this? DICK vs DICK = GOAL!!!

    -JESUS adalah NABI ISA? Dari mana kau tau? Alqur’an?? Jangan la percaya kepada Isi Alqur’an. Because tu SEMUA TIPU, di karang Muhammad BABI

    Selasa, 14 Februari 2012

    Rumah terbalik pertama di malaysia

    Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah.

    KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.

    Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.

    “Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.

    Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.

    Isnin, 13 Februari 2012

    Berdakwah yang tidak menepati syariat.


    Pelakon Johan Arif As'ari 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kejayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz al_Quran di negara seberang.

    Johan berkata berdakwah tidak semestinya memerlukan dia berjubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.
    Johan yg juga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dalan kategori Artis Baru Terbaik merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada,Pasar Lubok Landai Muara Bungo, Jambi Indonesia pada tahun 2008 hingga 2009

    Sebagai seorang pelakon dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yg leka dengan gejala sosial. Tetapi yang aku peliknya adakah bergambar sebegini dengan perempuan yang bukan mahram menepati kehendak syariat seperti yang didakwanya.
    Izzah seorang da'ie bergantung kepada keperibadiannya dan kewarakkannya bukan pada kelulusan atau cakap tak serupa bikin.

    Ahad, 12 Februari 2012

    Meh le.. singgah Taiping

    Bagi aku Bandar Taiping adalah bandar istimewa. Tak terlalu sebok. Hujan yang agak kerap menjadikan bandar agak sentimental khususnya bagi orang pencen. Banyak yang mengambil keputusan utk terus membeli rumah di Taiping dan menetap di sini. Bila ditanya dah pencen tak balik kampung ke, ada orang kelantan Johor dan negeri-negeri lain...senang je depa cakap "Di sini seronok ustaz sebab banyak pengajian"

    Tak percaya? hangpa mai Taiping tengok dalam Laman Nurani, Masjid dan Surau padat dengan program pengajian ilmu. Sebab itu aku ambil keputusan untuk menetap di Taiping. Lagipun penduduknya boleh dikatakan baik dan tidak nafsi-nafsi. Rumah aku ni jadi tempat persinggahan ahli keluarga jauh dan dekat hatta sahabat-sahabat dari Tawau Sabah pun akan bertandang ke rumahku jika mereka singgah ke Taiping.

    lagi satu...nak habak mai, Taiping ni adalah bandar warisan pertama dari segala yg pertama. Contohnya,
    Inilah stesyen keretapi PERTAMA di Malaysia. Hanya 2km dari rumah aku
    Hospital Taiping - Hospital pertama di Malaysia (21/2 km dari rumah)
    Pasar Taiping - Pasar pertama yg didirikan di malaysia
    Ini pulak penjara Taiping - Penjara pertama di Malaysia
    Pemandangan Taman Tasik Taiping - macam duduk kat Sepanyol oo. 5 km dari rumah
    Lagi keindahan Taman Tasik Taiping
    Resort Bukit Larut - Resort Tanah Tinggi pertama di Malaysia

    Bukit Larut - siapa yang tak tahan mabuk jangan dok naik land rover. Jalan kaki sudah...4jam sampai.
    Zoo Taiping -Zoo pertama di Malaysia. Laa ni bukak sampai ke malam -Safari malam
    Muzium Taiping - muzium pertama di Malaysia
    Mee banjir udang Kuala Sepetang - Banyak udang dari mee. Tapi orang Ghout jangan makan. Udang fresh dari laut port weld
    Lapangan Terbang Tekah..lapangan terbang tentera pertama di Malaysia. Sebelah tepi sana tu rumah aku,tapi malas nak tunjuk ..rumah buruk jee

    Masjid Al Hidayah Asam Kumbang mendapat anugerah Masjid tercantik di Perak. 1/2 km dari rumah. Aku mengajar di sini 3x sebulan. berhadapan dengan Lapangan Terbang Tekah.