Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 28 Februari 2012

Bukti Gempar : Kitab Injil 1500 Tahun Sahkan Muhammad Adalah Rasulullah

Satu naskhah Kitab Injil berbahasa Aramic (mrenggunakan tulisan Siryani) berusia lebih 1500 tahun telah ditemui di Turki. ia mengandungi pernyataan Nabi Isa a.s bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah yang akan didatangkan selepasnya.

Insiden ini benar-benar menggemparkan vatican Pusat kristian sedunia. Sebenarnya naskhah Injil asal tersebut telah ditemui sejak 12 tahun yang lalu...namun atas desakkan dan permintaan kuat pihak gereja ia telah dirahsiakan kepada umum. ini kerana mereka bimbang ada persamaan dengan Al-Quran terutama tentang kelahiran Rasul akhir zaman.

Naskhah Injil ini dipercayai telah dilarikan oleh seorang hawariyun ketika gerakan dan usaha membunuh nabi Isa as. Kini naskhhah ini ditemui dan disimpan di Turki. Ia pertnah ditawarkan dengan harga 22 juta US. Apa yg termaktub dalam naskhah Injil ini ialah sati kisah bagaimana seorang tukang tilik bertanya kepada Nabi Isa siapakah nabi yang akan datang selepas daripadanya. Dengan tegas Nabi Isa menjawab "Muhammad"

Naskhah Injil ini dibuat dari kulit dan menggunakan dakwat emas dan ditulis pada kurun yang kelima atau ke enam masihi. Ia adalah sebahagian dari satu salinan Injil Barnaba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan