Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 6 Februari 2012

Pisang goreng boleh bawa mandul? ..Biar betul


Mungkin banyak orang tak berapa suka nak dengar terutama bagi penggemar pisang goreng.. Tetapi aku kira sama ada suka atau tidak bab makan minum ni kita kena berhati-hati kerna ia melibatkan kesihatan diri kita.

Ada maklumat soheh yg aku terima, ada peniaga pisang goreng sanggup mencampurkan plastik minyak masak dalam minyak panas sehingga plastik itu bersebati dengan minyak masak. Tujuannya supaya pisang yg digoreng itu menjadi segar dan rangup dalam tempoh yg lama. Ada juga yang membuat campuran plastik dengan tepung yang akan digunakan utk menggoreng pisang.

Umum mengetahui bahawa bahan plastik mempunyai ciri-ciri kedap udara,ia akan menyaluti pisang yang digoreng itu sehingga ia mampu bertahan lama. Peniaga yg ingin mengaut keuntungan besar akan mengambil kaedah ini kerana ianya mudah dan tidak memerlukan kos yg tinggi. Laa nie, hangpa suka sangat makan pisang goreng, biar kita goreng sendiri kat rumah meskipun tak rangup tetapi terjamin dari perkara yg boleh merosakkan kesihatan.

Mengikut kajian,plastik mempunyai bahan kimia seperti besphenol A(BPA) dan phtualates. Ia boleh mengganggu sistem saraf. Kesannya tubuh jadi tak stabil. Bagi kanak-kanak hormon tumbesaran akat tersekat. penyakit-penyakit lain spt obesiti,kencing manis dan barah akan mudah menyerang. Apa yang paling membimbangkan ia boleh membawa kemandulan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan