Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 27 Februari 2012

Guru sakit mental ???

Dua tiga hari ni agak stress sikit. Mungkin kerana bebanan kerja yang semakin bertambah dan program yang padat menyebabkan tubuh kurang rehat. Apabila badan kurang rehat implikasinya mood untuk menulis dalam blog agak kurang dan idea pun terbantut.

Kali nie nak cerita mengenai banyak guru sakit mental..betulkah begitu. Sesungguhnya statistik menunjukkan gejala sakit mental di kalangan guru telah bertambah dari setahun ke setahun. Menteri Pelajaran sebuk dengan agenda politiknya, Pengarah PPD pengetua dan guru besar sibuk hendak mengejar kecemerlangan. Yang jadi mangsa adalah guru dan pelajar sehingga dilaporkan 12% atau 3.3 juta juta rakyat Malaysia mengalami masaalah mental dan stres.

Kalau asyik nak buat survey, kajian demi kajian mengenai masaalah beban tugas guru sampai bila nak selesai,sampai tahun 2020?? yang kaya para konsultan yang dilantik. Kalau dan menteri,pengarah dan guru besar dan guru tidak dapat meluahkan perasaan,hanya pada Allah kita memohon pertolongan dan berserah

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pada Jumaat melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan