Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 13 Februari 2012

Berdakwah yang tidak menepati syariat.


Pelakon Johan Arif As'ari 26, meminta umum tidak memandang skeptikal terhadap kejayanya sebagai seorang anak seni walaupun berkelulusan tahfiz al_Quran di negara seberang.

Johan berkata berdakwah tidak semestinya memerlukan dia berjubah atau berkopiah sebaliknya dia menjadikan tanda status pelakon sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej positif.
Johan yg juga finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 dalan kategori Artis Baru Terbaik merupakan pelajar Pondok Persantren As-Syuhada,Pasar Lubok Landai Muara Bungo, Jambi Indonesia pada tahun 2008 hingga 2009

Sebagai seorang pelakon dia tetap menjaga batasannya selain ingin berdakwah kepada golongan anak-anak muda yg leka dengan gejala sosial. Tetapi yang aku peliknya adakah bergambar sebegini dengan perempuan yang bukan mahram menepati kehendak syariat seperti yang didakwanya.
Izzah seorang da'ie bergantung kepada keperibadiannya dan kewarakkannya bukan pada kelulusan atau cakap tak serupa bikin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan