Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 2 Februari 2012

Gangster budak...Sek. menengah nanti macam manalah...?

AMPANG: Sekumpulan enam murid lelaki darjah lima sebuah sekolah rendah, di sini layak digelar ‘gangster junior’ apabila sanggup bertindak membuli seorang murid sekolah sama dengan membuang air kecil ke atas badan kanak-kanak itu hanya kerana mangsa enggan menghisap rokok, petang kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang juga murid darjah lima sekolah sama sedang bermain di padang permainan kawasan perumahan Taman Mega Jaya, di sini, sebelum dihampiri kumpulan kanak-kanak terbabit.

Mereka yg melihat mangsa sedang bermain-main di padang berkenaan bertindak memanggilnya. mangsa yg dipercayai sering dibuli kemudian menghampiri kumpulan itu. kumpulan itu memaksa mangsa berbaring di tepi longkang. Namun mangsa enggan menyebabkan dia dipukul dua ahli kumpulan itu dgn dua batang kayu beberapa kali.

Menurutnya, mangsa yg kesakitan kemudian terpaksa menurut perintah itu dengan berbaring di tepi longkang sambil dikelilingi ahli kumpulan itu. Difahamkan, salah seorang ahli kumpulan itu turut merakam aksi buli mereka menggunakan telefon bimbit. Salah seorang drp mereka kemudian bertindak memberi rokok kpd mangsa dan memaksanya menghisap rokok itu sambil memukulnya beberapa kali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan