Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 20 Februari 2012

Tebuan paling berbisa di dunia


Tebuan raksaksa Jepun
  • Ia dikenali dengan nama saintifik Vespa Man darinia Japonica dan sudah tentu dari namanya kita tahu berasal dari Jepun.
  • Tebuan ini berupaya menyembur racun yang boleh meleburkan daging kita dan sesiapa yang terkena semburan tersebut bakal mengalami kecederaan yang teruk.
  • Sekurang-kurangnya 40 orang di Jepun meninggal dunia setiap tahun akibat terkena serangan berbisa Tebuan raksaksa ini.
  • Menambahkan lagi kengerian adalah ia akan memanggil semua rakannya dari sarang untuk keluar dan terus menyerang musuhnya bertubi-tubi sehingga mangsa itu tak sempat lansung memikirkan untuk menghubungi Pest Sciences bagi mendapatkan pertolongan.
  • Untuk mencari makan Tebuan ini akan menyerang sarang lebah yang dipenuhi oleh 30,000 lebah dewasa bagi mendapatkan makanannya yang berada ditengah-tengah sarang lebah tersebut. Biasanya dia akan memanggil rakannya yang lain sebanyak 30 ekor dan mereka akan menghancurkan serangan 30,000 ekor lebah itu dengan mudah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan