Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan
Khamis, 27 Oktober 2011
Nampak senang,,,tapi berhutang
Makin canggih,makin bertamadun dunia semakin manusia hilang pertimbangan. Mereka memburu kesenangan tanpa memperhitungkan kemampuan diri. Buat pinjaman bank tanpa perlu penjamin. Tawaran pinjaman melalui kad kredit mendapat sambutan yang meluas. Ditokok tambah lagi dengan pinjaman mudah sama ada dari institusi kewangan berlesen maupun individu yang menawarkan khidmat pinjaman mudah (Ah long) dengan kadar faedah yang tersangat tinggi.
Lalu sampai ke akhir hayat kita menanggung hutang yang tak habis-habis. Persoalannya bahagiakah kita dengan kehidupan sebegini...?
Kubur Putera Mahkota Saudi Sultan Abd Aziz Al-Saud
ALLAH UJI SIKIT, JANGAN TERUS CABUT LARI
Semasa saya mula-mula hijrah saya tidak tahu saya kena dakwah, jadi saya meletakkan tanggungjawab itu atas ulama dan pendakwah atau orang berilmu. Jadi apabila saya jumpa ustaz-ustaz mereka menegaskan semua orang Islam wajib berdakwah.
Jadi saya baru tahu "alamak ye ke?". Ustaz yang mengajar saya memberitahu saya ramai peminat, bagi tahu mereka. Sekarang ini Alhamdulillah, mana-mana program yang mengundang saya sudah tahu sasaran saya adalah orang muda.
Menurut Ustaz berkenaan, orang muda ramai kenal saya sebab orang tua tak ramai yang tengok tv. Mudah-mudahan kalau golongan ini tengok dan peminat saya sebelum ini mungkin berfikir "kalau orang berubah kenapa aku tidak boleh berubah?".
Dalam ceramah-ceramah yang saya ikuti pun saya selalu ingatkan para jemaah, saya bukan ustaz, tetapi saya sedang belajar dari semasa ke semasa. Saya selalu ingatkan perkara yang melibatkan hukum hakam, perlu dirujuk kepada orang yang betul tahu.
Ini kerana kita yang masih baru, bimbang juga hujah yang kita bagi tidak tepat. Sudahlah zaman sekarang ini semakin ramai orang yang sesat. Kita hendak sesatkan lagi pula? Bahaya tu!
Ramai artis kita berhijrah. Saya sudah berdialog dengan Wardina Safiyyah, Catriona Ross dan terbaru Irma Hasmie. Dan mereka mengakui tidak pandai cakap apatah lagi bercakap soal agama.
Apabila lihat kita bercakap atas kemampuan kita sendiri dengan menceritakan pengalaman kita bukannya berkaitan hukum hakam. Ramai yang seronok, sebab kita berkongsi pengalaman kita kepada peminat-peminat, dan mungkin selepas ini Allah pula bukakan hati peminat-peminat ini untuk sama-sama ke jalan Allah...
Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan saya dan diri ini, bahawa dugaan dan cabaran kita berdakwah hari ini adalah terlalu sedikit, amat berbeza dengan rintangan yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabat baginda.
Jangan mengeluh! Kalau kita kena tangkap atas sebab apa sekali pun, itu adalah ujian Allah Taala. Jangan bila nak berdakwah... Allah uji sikit sahaja, terus kita cabut lari. Kita berpegang kepada sirah Nabi. Walaupun ada rintangan, kita masih boleh menyampaikan dakwah dengan terang tidak payah sembunyi-sembunyi.
Saya berpendapat apa yang dialami oleh Bob Lokman itu tidak akan menjadi penghalang untuk artis terus berdakwah. Yang penting kita berserah dan berdoa kepada Allah Taala. Macam Abg Bob sendiri dia dah tahu dan dia berserah 100 peratus kepada Allah Taala, dan apa yang berlaku selepas ini pun itu kehendak Allah.
Saya yang duduk dalam hiburan ini rasa macam-macam sanjungan, hinaan, dan keji. Akhirnya kita tahu mereka kutuk kita pun kita tidak dapat apa!
Begitu juga kalau kita dapat sanjungan baik dapat anugerah atau pengiktirafan, tetapi tidak ada apa-apa makna untuk Allah Taala. Sekarang ini, orang tidak nampak kita buat ibadah dan apa yang di suruh yang penting Dia tahu.
Dia hendak hargai apa yang kita buat. Sebab itu, saya tegaskan apa yang saya buat sebelum ini adalah silap. Kita minta orang yang hargai kita bukannya Allah Taala. Kalau dulu kita ajar, dan tak berterima kasih, kita akan marah. Sebenarnya tidak perlu. Sebab kita adalah perantaraan Allah Taala.
Selasa, 25 Oktober 2011
Wajarkah kita bertabarruk...?
Ramai umat Islam yang tidak memahami hakikat tabarruk sama ada dengan Nabi SAW atau pun kesan-kesan pusaka peninggalan Baginda SAW, keluarganya, ulama pewaris Nabi dan para wali, rahimahumullah.
Mereka menganggap orang yang mengambil jalan tabarruk, melakukan kesyirikan dan kesesatan lantaran kerana penelitian mereka yang sempit dan pemahaman akal mereka yang senteng.
Sebelum dijelaskan dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tabarruk diharuskan, bahkan juga disyariatkan, sewajarnya kita ketahui bahawa tabarruk itu tidak lain dan tidak bukan, hanyalah amalan tawassul kepada Allah SWT melalui perantaraan makhluk yang diambil berkat daripadanya itu; sama ada berupa kesan peninggalan, tempat atau seseorang manusia.
Adapun benda-benda yang mulia; dijadikan sebagai alat bertabarruk kerana dipercayai mempunyai kelebihan dan pendekatan dengan Allah SWT. Namun, tetap dipercayai mereka itu lemah untuk mendatangkan manfaat atau menolak mudarat, kecuali dengan iizin Allah SWT.
Sementara, barang-barang peninggalan; dijadikan alat bertabarruk kerana disandarkan kepada individu atau orang-orang yang mulia tersebut. Maka ia menjadi mulia kerana kemuliaan mereka. Ia juga menjadi agung, besar dan dikasihi kerana mereka, sama ada para nabi, rasul, ulama dan wali.
Begitu juga dengan tempat. Ia menjadi tempat yang berkat bukan semata-mata kerana tempat tersebut, tetapi kerana berlaku di tempat tersebut perkara-perkara kebaikan dan kebajikan; seperti solat, puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan oleh hamba-hamba Allah yang soleh.
Dengan kebaikan yang mereka lakukan di tempat tersebut, maka di situ diturunkan rahmat, dihadiri oleh malaikat dan diliputi ketenangan. Inilah keberkatan yang dituntut daripada Allah di tempat-tempat yang dimaksudkan.
Keberkatan ini boleh didapati di tempat-tempat tersebut melalui tawajjuh(menghadapkan permohonan) kepada Allah, berdoa kepada-Nya, beristighfar dan mengingati peristiwa-peristiwa penting dan mulia yang berlaku di tempat tersebut.
Dengan mengingati peristiwa mulia tersebut, akan menggerakkan jiwa-jiwa, membangkitkan keazaman dan semangat mencontohi insan-insan yang telah berjaya dan soleh.
Di bawah dipersembahkan nas-nas ini yang dipetik daripada risalah khusus Prof. Dr. Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki yang bertajuk al-Barakah (keberkatan).
Bertabarruk dengan rambut dan ludah baginda SAW
Daripada Ja'far ibn Abdullah ibn al-Hakam, meriwayatkan: Bahawa Khalid ibn al Walid r.a kehilangan kopiah pada hari peperangan Yarmuk.
Dia berkata: "Carilah kopiah itu" Tetapi, para tentera tidak menemuinya. Khalid r.a berkata lagi, "Carilah lagi!" Akhirnya mereka menemuinya. Ternyata kopiah yang dicarinya itu hanyalah kopiah yang sudah usang.
Khalid r.a berkata: "Rasulullah SAW pernah mengerjakan umrah, lalu mencukur rambutnya. Orang ramai pun berebut-rebut hendak mendapatkan rambut Baginda SAW yang telah terpotong itu. Aku mendahului mereka untuk mendapatkan rambut daripada bahagian ubun kepala Baginda SAW.
Setelah mendapatnya, aku menyimpannya di dalam kopiah ini. Maka tidak ada peperangan pun yang aku ikuti dengan membawa kopiah ini bersamaku, melainkan aku diberikan kemenangan". (Berkata al Haithami: Telah meriwayatkan hadis ini al Tabrani dan Abu Ya'la juga meriwayatkan riwayat yang sama. Rijal kedua-duanya adalah sahih. Majma' al Zawaid 9:349. Hadis ini disebut oleh Ibnu Hajar di dalamal-Matolib al-'Aaliah 4:90)
Diriwayatkan daripada Malik ibn Hamzah ibn Abu Usaid al-Sa'idi al-Khazraji, daripada ayahnya, daripada datuknya Abu Usaid, dia mempunyai sebuah perigi di Madinah yang dikenali dengan Telaga Budha'ah.
Nabi SAW pernah berludah ke dalam perigi itu. Maka dia meminum air dari perigi itu, seraya memohon keberkatan dengannya. (Riwayat al-Tabrani dan rijalnya adalah dipercayai).
Keadaan sahabat bersama Rasulullah SAW
'Urwah ibn Mas'ud pernah menggambarkan keadaan para sahabat r.a bersama Nabi Muhammad SAW.
Imam al-Bukhari meriwayatkan dengan sanadnya kepada al-Masur ibn Makhramah dan Marwan, kedua-duanya berkata: 'Urwah pun kembali kepada kaumnya. Dia berkata, "Wahai kaumku! Demi Allah! Sesungguhnya aku telah beberapa kali diutus kepada raja-raja; aku pernah diutus kepada Qaisar, Kisra, dan Najasyi. Demi Allah! Aku tidak pernah melihat seorang raja yang diagungkan oleh sahabat (rakyat)nya, seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Muhammad SAW.
"Demi Allah! Tidaklah Baginda SAW berludah, kecuali ludahnya itu jatuh di atas telapak tangan seseorang daripada mereka. Lalu, dia menggosok ludah itu ke muka dan kulitnya. Jika Baginda SAW menyuruh mereka, mereka berebut-rebut untuk melaksanakan perintahnya.
"Apabila Baginda SAW berwuduk, hampir saja mereka saling berbunuhan kerana merebut air wuduknya. Apabila mereka berbicara, mereka merendahkan suara di sisi Baginda SAW. Mereka juga tidak menajamkan pandangan kepadanya kerana membesarkannya". (riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab al-Syurut, bab: 'Syarat-syarat Jihad'.)
Ulasan Al-Hafiz Ibnu Hajar mengenai kisah ini
Di dalam kisah di atas menunjukkan ludah (kahak) dan rambut yang telah terpisah dari jasad adalah suci, dan terdapatnya amalan tabarruk dengan sisa-sisa atau lebihan yang suci daripada orang-orang soleh.
Boleh jadi, para sahabat r.a melakukan perbuatan tersebut disebabkan kehadiran 'Urwah, dan mereka berlebih-lebihan melakukannya, sebagai isyarat untuk menolak anggapan 'Urwah yang khuatir para sahabat akan melarikan diri daripada Nabi SAW.
Mereka seolah-olah berkata dengan lisan hal (ujaran sikap): Orang yang mengasihi imam atau pemimpin mereka dengan kasih yang sebegini rupa dan membesarkannya dengan kemuliaan seperti ini, bagaimana boleh adanya sangkaan bahawa ia akan lari daripada pemimpinnya itu dan menyerahkannya kepada musuhnya?
Bahkan, para sahabat r.a tersebut sangat mencintai Baginda SAW, dan juga terhadap agamanya, serta kuat membantunya lebih kuat daripada kabilah-kabilah Arab yang saling memberikan perhatian di antara satu sama lain semata-mata kerana ikatan kasih (kekeluargaan).
Daripada riwayat tersebut juga dapat diambil kesimpulan, bahawa harus menggunakan pelbagai cara dan alat untuk mencapai tujuan melalui pelbagai jalan yang dibolehkan. (Lihat Fath al-Bari, 5: 341)
Pemaaf...penyabar dan tidak berdendam adalah terapi kebahagian dan keberkatan hidup
Biasanya perceraian akan menyebabkan bekas isteri menanggung segala kesusahan untuk membesarkan anak-anak.
Begitulah yang berlaku kepada Syuhada (bukan nama sebenar) yang terpaksa membesarkan anak-anaknya sendiri selepas berpisah dengan suami, Jamal (bukan nama sebenar).
Namun setelah anak-anak menggenggam ijazah dan diploma, muncul si bapa untuk berkongsi kejayaan anak-anak, padahal tiada sumbangan yang diberikan untuk kejayaan mereka.
Kepulangan suami menghiris perasaan Syuhada yang selama ini telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya, namun dia reda demi masa depan anak-anak.
Kepada saya, Syuhada bercerita untuk berkongsi pengorbanannya selepas bergelar ibu tunggal.
"Saya berusia awal 50-an, seorang penjawat awam yang akan bersara tidak lama lagi. Saya pernah berkahwin dengan lelaki yang saya cintai sejak di bangku sekolah selepas kami keluar universiti.
"Perkahwinan kami bertahan hanya 10 tahun setelah dikurniakan tiga orang anak, seorang lelaki dan dua perempuan.
"Semasa berpisah dengan suami, anak yang bongsu, Azlin di tingkatan satu, Azlina, anak sulung tingkatan lima dan yang kedua, Azrin di tingkatan empat.
"Bayangkan bagaimana keadaan saya untuk membesarkan mereka. Dengan pendapatan sebagai penjawat awam ketika itu, berapa sangat gaji yang saya dapat. Tolak itu dan ini, tinggal dalam RM700-RM800 untuk perbelanjaan rumah dan anak-anak.
"Tapi saya bersyukur kerana Allah mendengar doa saya. Diberikan saya kesusahan untuk saya membaiki diri dan berdoa untuk kebaikan dan kesenangan di kemudian hari.
"Saya juga tidak ambil kisah sebab saya tahu dia tidak mampu kerana telah bernikah lain. Saya hanya berdoa dan berharap anak-anak akan berjaya dalam pelajaran dan hidup mereka.
"Alhamdulillah kerana saya mempunyai jawatan tetap dan ada sumber kewangan setiap bulan untuk perbelanjaan kami empat beranak walaupun tidak sebanyak mana.
"Setiap hari saya berdoa dan berazam akan melalui kesusahan ini, tidak kira cara bagaimana sekalipun.
"Kehadiran isteri baru menyebabkan bekas suami lupa kepada anak-anaknya. Makan minum dan perbelanjaan harian serta makan minum mereka tidak pernah dia tanya.
"Di peringkat awal, tentu saya merasa amat perit sekali. Tidak terkejar masa, maklumlah anak-anak kesemuanya bersekolah menengah dan akan menduduki peperiksaan. Mujur mereka faham.
"Berkat didikan dan kesabaran anak sulung, Azlina berjaya ke menara gading mengambil jurusan kewangan. Yang kedua menyusul kemudian diikuti dengan yang bongsu.
"Gembiranya hati saya tidak dapat hendak dikata, saya bersyukur kerana doa saya Allah makbulkan. Saya tidak mengharapkan duit ringgit anak-anak untuk hari tua saya tetapi masa depan mereka yang saya pentingkan.
"Kini saya lega, Azlina sudah tamat belajar dan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusannya. Ketika kegembiraan ini saya nikmati, tiba-tiba muncul bekas suami.
"Seminggu sebelum majlis konvokesyen, Azlina pulang ke rumah dalam keadaan sugul. Saya tanya kenapa dia mendiamkan diri. Berkali-kali saya bertanya dan minta dia berterus terang dengan saya.
"Akhirnya dia memberitahu, ayahnya ada datang berjumpanya di pejabat. Dari mana dia dapat tahu tempat kerja Azlina saya juga tidak tahu. Azlina beritahu yang ayahnya mahu hadir pada majlis konvokesyennya nanti.
"Terkedu saya dibuatnya. Hati saya macam dibakar, kemarahan saya tiba-tiba menerpa. Tetapi alhamdulillah, saya cepat sedar dan beristighfar.
"Kenapa perlu saya marah, sedangkan itu ayah mereka. Apa pun terjadi antara saya dengan bekas suami, anak-anak tidak perlu dikaitkan.
"Saya tidak marah kepada Azlina sebab telah berjumpa dengan ayahnya. Saya faham perasaannya. Saya beri kebenaran kepada dia membawa ayahnya, jika itu yang ayahnya mahu.
"Apa yang akan berlaku di sana itu kerja Tuhan, kata saya. Walaupun hati berat menerima kenyataan ini tetapi saya kena positif demi masa depan anak-anak.
"Keluarga marahkan saya kerana terlalu baik dengan bekas suami. Saya tidak ada pilihan. Ini hari bahagia untuk anak sulung kami. Saya mesti gembirakan hatinya.
"Seingat saya, anak-anak marah dengan perbuatan ayah mereka tetapi tidak pernah membencinya biarpun setelah mereka berjaya, baru dia muncul.
"Saya pasti dia telah sedar kesilapannya dan mahu menebus kesalahan dan dosanya itu kepada anak-anak kami. Kalau di dunia dia terlepas, di akhirat pasti akan menerima ganjarannya juga.
"Azlina faham perasaan saya tetapi sebagai anak dia telah melakukan tanggungjawabnya, menerima ayahnya seperti dulu. Saya gembira dan bahagia walaupun hati saya telah terluka.
"Saya mendoakan anak-anak saya yang dua orang lagi, Azli dan Azrin akan mengikut jejak kakak mereka, menerima semula ayah mereka dalam apa juga keadaan.
"Pesanan saya kepada bekas isteri lain, jangan ikutkan hati tetapi fikirkan anak-anak. Mereka berhak memilih apa yang terbaik untuk hidup mereka.
"Kepada Allah saya berserah, semoga bekas suami benar-benar insaf dan bertaubat dengan perbuatannya mengabaikan kami dulu. Kepada anak-anak, terima kasih kerana membahagiakan saya," Syuhada menamatkan cerita.
Ahad, 23 Oktober 2011
Akhirnya Kota Kaum Aad Di temui....
Keajaiban al-Quran
Terdapat beberapa persamaan hasil penemuan arkeologi dengan ayat-ayat Allah swt yang menceritakan kisah kaum A’ad dan nabi Hud as. Antaranya adalah berkenaan dengan pembinaan tiang-tiang yang sangat tinggi yang mana tidak pernah dibina oleh sesiapa pun sebelumnya.
Di sekitar runtuhan kota Iram. |
Dalam al-Quran ada menyebut tentang kota Iram yang disifatkan mempunyai tiang-tiang yang tinggi,
6. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ’Aad? 7. (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi 8. yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain,
Surah al-Fajr ayat 6-8
Firman Allah swt telah dapat dibuktikan melalui hasil penemuan arkeologi pada 1992. Clapp yakin bahawa yang kota purba yang ditemui adalah Iram berdasarkan kepada tapak-tapak tiang yang berbentuk segiempat sama. Dipercayai bahawa tiang-tiang yang dibina adalah 7 batang kesemuanya.
2. Membina Benteng-benteng
Kaum A’ad juga diriwayatkan membina benteng-benteng. Ia diceritakan Allah dalam surah as-Syu’araa’ ayat 128 sehingga 130.
128. Apakah kamu mendirikan pada tiap-tiap tanah tinggi bangunan untuk bermain-main 129. dan kamu membuat benteng-benteng dengan maksud supaya kamu kekal (di dunia)? 130. Dan apabila kamu menyeksa, maka kamu menyeksa sebagai orang- orang kejam dan bengis.
Surah as-Syu’araa’ ayat 128-130
Sepertimana perihal tiang-tiang yang tinggi yang dibina oleh kaum A’ad, mereka juga turut membina benteng yang dianggarkan mempunyai tinggi lebih daripada 2 meter. Jika mengikut rekod arkeologi, tiada tamadun sekitar 6,000BC telah membina tembok atau benteng seperti yang dibina oleh kaum A’ad. Ia bertepatan dengan apa yang Allah swt bicarakan dalam Surah al-Fajr ayat 8.
3. Terdapat kebun-kebun dan mata air
133. Dia telah menganugerahkan kepadamu binatang-binatang ternak, dan anak-anak,134. dan kebun-kebun dan mata air,
Surah as-Syu’araa’ ayat 133-134
Mengenai perihal kebun-kebun dan mata air, ia dapat dibukti melalui penemuan oasis di tengah-tengah kota Iram. Penemuan oasis merupakan titik pertama sebelum penemuan Kota purba Iram. Mata air merupakan sumber utama kepada kemajuan kota Iram satu ketika dahulu. Kaum A’ad dikatakan mencari nafkah dengan mengembala binatang ternak dan juga berdagang. Oasis milik kaum A’ad masih lagi boleh dilihat sehingga ke hari ini.
Air daripada runtuhan oasis masih lagi boleh digunakan. |
4. Dimusnahkan oleh angin kencang
41. Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan,42. angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.
Surah adz-Dzaariyaat ayat 41-42
Dalam ayat Allah dalam surah adz-Dzaariyaat ini, angin kencang telah membinasa kaum A’ad yang sombong. Angin tersebut telah membinasakan seluruh masyarakat A’ad yang kufur terhadap Allah swt. Hasil arkeologi membuktikan bahawa runtuhan kota Iram bagaikan serbuk dan ia bertepatan benar dengan apa yang dimaksudkan Allah swt dalam ayat 42 surah adz-Dzaariyaat.
Penutup
Bagi ahli arkeologi, miskipun runtuhan tersebut sangat dashyat sehingga sukar untuk dilihat dengan mata kasar, ia bagaimanapun masih lagi mempunyai nilai yang sangat bermakna kerana dalam sudut yang lebih besar ia membukti al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh mukjizat.
Kota yang dikatakan mustahil untuk ditemui ini akhir telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi bukan muslim dan sepertimana yang diberitahu sebelum ini, rujukan utama mereka adalah al-Quran. Pembaca semua, ingatlah ayat Allah azza wa jalla ini,
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.
Surah Yusuf ayat 111
Sabtu, 22 Oktober 2011
Bolehkah solat dhuha dilakukan secara berjamaah
Solat dhuha itu sendiri hukumnya sunat muakkad,paling sedikit dua rakaat dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat. Menurut Imam Ar-Rauyani dan Imam Ar-Rafie, sebanyak-banyaknya dua belas rakaat. Dikerjakan dengan sekali salam,setiap dua rakaat. Waktunya adalah sejak terbitnya matahari sehingga tergelincirnya matahari(Imam Nawawi, Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab, 4/35-36)
Memang pada umumnya solat dhuha dianggap solat sunat (tathawwu’) yang tidak disunnahkan/disyariatkan berjemaah.(Imam nawawi,Raudhah Atn-Thalibin, 1/22;As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin,1/272)
Namun demikian, sebahagian ulama telah meneliti ulang permasalahan tersebut. Dan mereka menemukan dalil bahawa solat dhuha ternyata boleh dikerjakan secara berjemaah. Syeikh Mahmud Abdul Latif ‘Uwaidhah , misalnya mengatakan “Solat dhuha ini dapat dikerjakan secara bersendirian dan dapat pula dikerjakan secara berjemaah”. Beliau lalu menyebutkan dalilnya, iaitu hadis dari “Itban bin Malik RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Bukhari,Muslim, dan ibnu Khuzaimah.(Mahmud Abdul Latif ‘uwaidhah, Al-Jami’li Ahkam Ash Shalah,2/399)
Dalam kitab Fathul Bahri(Syarah Sahih Bukhari) karya Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, dinukilkan hadis ‘Itban bin Malik RA tersebut, bahawa Rasulullah Saw telah melakukan solat dhuha (subhata adh-dhuha) di rumah baginda(rumah ‘Itban bin Malik), lalu orang-orang berdiri di belakang baginda dan mereka pun bersolat dengan solat baginda(fa-qaamu waraa’ahu fa-shallu bi shalaatihi).(Ibnu Hajar Al-‘Asqalani, Fathul Bahri.4/177)
Imam Ibnu Hajar menjelaskan bahawa hadis di atas adalah hadis riwayat Imam Ahmad. Beliau juga menyatakan bahawa hadis yang semakna ini telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dari sahabat Ibnu Wahab bin Yunus RA(Ibnu Hajar Al-‘Asqalani,Fathul Bahri,4/177;HR Ahmad no. 22657;Ibnu Khuzaimah no.1165)
Kitab lain yang menyatakan bolehnya solat dhuha berjemaah adalah kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiyah Al-Kubro(2/250), berdasarkan hadis ‘A’idz bin Amr RA yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tabrani. Dari ‘A’idz bin Amr RA dia berkata,”suatu saat air sedikit,maka Rasulullah Saw pun berwuduk dengan air dalam satu gelas(qadah) atau satu mangkuk besar (jafnah). Lalu Rasulullah Saw menasihati kami kerana sedikitnya air ketika itu. Rasulullah bersabda, ‘Orang yang bahagia di antara kita adalah orang yang terkena musibah, tapi dia tidak memperlihatkan itu kepada kita. Kecuali kalau musibah itu sudah menimpa semua orang dalam satu kaum.’ Kemudian Rasulullah Saw solat dhuha bersama-sama kami(tsumma shalla binaa rasulullah Saw adh-dhuha).”(HR Ahmad no. 19721; Ath-Thrabani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir, no. 14462).
Berdasarkan dalil-dalil di atas, maka jelaslah bahawa melaksanakan solat dhuha secara berjemaah adalah boleh (ja’iz) menurut syara’, dan bukan merupakan suatu bi’daah. Sebab Rasulullah Saw sendiri pernah melaksanakan solat dhuha secara berjemaah dengan para sahabat.
Jumaat, 21 Oktober 2011
PERTUBUHAN MELAYU MURTAD TELAH DI LULUSKAN???
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah
Khamis, 20 Oktober 2011
Baru 10 tahun fasih bertutur 10 bahasa
Seorang murid berusia 10 tahun boleh bertutur dalam SEPULUH bahasa termasuk Kazak dan Uganda. Sonia Yang, 10 tahun telah dinobatkan sebagai 'The best young linguist' bahagian barat laut England dalam pertandingan tersebut.
Gadis kecil dari Hulme Cheadle, Stockport, dilahirkan di Taiwan tetapi berpindah ke England dengan keluarganya untuk memulakan sekolah rendah.
Semasa tiba di England, Sonia sudah fasih bertutur dalam Bahasa Taiwan Jepun, Cina dan Bahasa Inggeris. Kini dia boleh juga bertutur dalam bahasa Jerman, Perancis, Sepanyol, Portugis dan baru-baru ini telah dikesan menguasai bahasa Kazakh dan bahasa Uganda.
Jangan runtuhkan jahiliah dan menegakkan jahiliah yang baru
Motosikal menggunakan najis manusia pun ada...
Rabu, 19 Oktober 2011
KENAPA LELAKI BOROI SELEPAS BERKAHWIN?
Lelaki bujang tidak memperdulikan soal makanan tetap, sedangkan apabila berkahwin makan tersedia dari sarapan pagi hinggalah makan malam.- Banyak masa dihabiskan dirumah dan secara tidak langsung tabiat makan naik secara mendadak kerana asyik makan.
- Kurang senaman dan menyertai aktiviti bersukan juga turut menyumbang ke arah boroi.
- Kehidupan harian yang lebih terurus kerana semuanya dikendalikan isteri berbanding diri sendiri di zaman bujang.
- Tanggungjawab yang semakin besar dan bebanan kerja yang semakin bertambah jugak menambah stress.
Pendaki ekstrem bersedialah menghadapi risiko spt ini
Ini bukan perompak beriman... Ini Perompak Haram Jadah namanya
Laut bergelora menjadi tenang menerima Abu Al-Quran
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.
Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya.
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9
Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar.
Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya?
Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya.
Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya.
Cerai berai macam lampin pakai buang
Biar pape asal bergaye
“Setiap malam saya hanya berfikir bagaimana mahu meneruskan kehidupan. Suami dipenjara ketika anak dalam persediaan menduduki peperiksaan malah saya juga berkemungkinan dipenjara,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dan Pengerusi Majlis Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak.
Rosnah berkata, pihak ketiga yang membeli kereta itu juga gagal membayar ansuran mengakibatkan bank melelong kenderaan itu. “Suami diisytiharkan muflis serta diperintahkan membayar RM30,000 manakala saya sebagai penjamin diperintahkan membayar RM34,000.
“Mahkamah memerintahkan kami membayar RM100 sebulan, tetapi bermula Oktober 2004 hingga Jun 2010, kami gagal berbuat demikian sehingga hutang itu tertunggak sebanyak RM3,450,” katanya. Menurutnya, disebabkan tiada kerja tetap, dia dan suami gagal mematuhi perintah itu serta dianggap menghina mahkamah.
“Suami dipenjarakan sejak 27 September lalu dan sejak itu kehidupan saya bertambah sukar kerana perlu mencari duit menampung kehidupan tiga anak yang masih bersekolah,” katanya. Sementara itu, Dr Maamor berkata, PPIM memandang serius perkara itu dan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan selain mencari saluran perundangan membantu Rosnah dan keluarganya.
Kantoinya seorang Paderi...
Kisah yg dipaparkan ini adalah satu kisah benar. Seorang pemuda arab dengan seorang pemuda kristian.kejadian berlaku di Amerika dan pemuda arab ini masih belajar di Universiti di sana.