Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 3 Oktober 2011

Kenapa orang kita suka berlagak..???

Selesai memimpin qiamullail di Surau diri Jumaat Kurnia Jaya aku dihampiri oleh seorang jamaah. "Ustaz cuba rasa kopi ini sambil menghulurkan sekotak kopi Mahkota Dewa. 'Kopi ini keluaran saya sendiri dan amat berkhasiat untuk kesihatan. Kopi ini adalah minuman raja-raja keraton Solo di Jawa Tengah. Ketika Belanda menjajah Jawa Tengah pokok ini telah dimusnahkan konon ia sumber kekuatan askar Jawa."

Tapi orang kita suka sangat minum kopi keluaran barat. Di Taiping sentral mereka sanggup minum secawan kopi meskipun harganya sangat mahal
Sebenarnya
Kopi Starbucks tak sedap mana pun, cuma orang melayu suka sangat minum disana dengan penuh gaya. Maklumla, minum dikedai kopi milik orang Putih yang harganya mencecah RM20 secawan. Apa lagi orang Melayu, ketika inilah masa untuk berlagak.

Walaupun dirumah, si ayah membelikan susu yang paling murah harganya untuk anaknya yang masih kecil, tetapi diluar si ayah sangguh minum kopi secawan berharga RM20.

Maklumat tentang pengasas kopi ini

Howard Shult, Pengerusi Starbucks adalah seorang Zionis. Merupakan penerima anugerah dari 'Jerusalem Fund of Aish Ha Torah' diatas peranan utama memperkukuhkan hubungan baik Amerika-Israel. 'Jerusalem Fund of Aish Ha Torah' dipengerusikan oleh General Shaul Mofaz, penggerak utama pembunuhan beramai-ramai umat islam di Jenin, Palestin.

Disetiap ucapannya, beliau melabelkan Palestin sebagai pengganas. Sehingga kini, Starbucks adalah antara penyumbang utama kepada Israel.


Sesiapa yang sanggup berbelanja mahal untuk minum kopi ini bermakna ia menjadi penyumbang kepada ekonomi Israil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan