Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 11 Oktober 2011

Dulu dan Sekarang...Renungkan

Dulu...
Mampu beranak ramai,bahkan rasa bangga sangat meskipun gaji kecik

Sekarang
Malu kalau beranak ramai. Rasa bimbang takut tak cukup makan. Baru kahwin dah rancang awal-awal "I nak anak dua jer...anak banyak-banyak tak kuasa I"

Dulu
Mampu beli rumah teres 40 ribu 3 bilik tanah belakang 15 kaki, boleh tanam macam-macam

Sekarang
rumah 80 ribu tanah belakang 5 kaki,tambah dapur apapun tak boleh nak tanam

Dulu
Ambil pengasuh orang melayu.Boleh duduk sekali dan boleh diharap untuk jaga anak kita dengan baik

Sekarang
Anak bercakap pun dan slang indon. Hantar nursery pun bimbang jugak kerana ramai lagi anak-anak orang yang terpaksa di jaga

Dulu
Sekali sekala bawak anak-anak dan family makan kat luar habis puluh-puluh

Sekarang
Makan kat luar saja dengan family habis ratus-ratus...garu kepala tak gatai le

Dulu
Hanya tiga bil kena bayar. Bil air, api dan bil telefon

Sekarang
Tambah lagi...bil astro,bil Indah Water, bil internet,bil hand phone, bil angkut sampah dll

Dulu
Beli kereta tahan 10 tahun tak meragam

Sekarang
Beli kereta 3 tahun dah nak ganti barang itu ini body pun lembut macan tin milo je

Dulu
Ambik gaji pakai buku..Tiga empat kali berurusan dah rasa malu dekat kerani kaunter jadi adalah simpanan sikit.

Sekarang
Pakai kad juruwang...pukui 3 pagi pun boleh ambik...simpanan elek.

Dulu
Hutang dekat adik beradik, mau tak mau kena bayar jugak

Sekarang
Hutang dengan kad kredit hingga di istiharkan muflis

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak tulis,rasanya cukuplah sekadar renungan kita bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan