Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 19 Oktober 2011

Biar pape asal bergaye

Dulu ada jugak rasa cemburu nengok member-member beli barang pakai kad kredit. mudah dan senang dan ada gaye.."This is my card" Rupanya sedar tak sedar ia menjerat diri. Hutang keliling pinggang. Hidup tak tenang, siang malam teringat hutang yang tak langsai-langsai.Paparan kisah dibawah ini rasa dapat menginsafklan diri agar jangan mudah terikut dengan gaya moden...tak mampu buat cara tak mampu.Aku baca berita ramai pengguna kad kredit diistiharkan muflis...memang menggerunkan.
saya mengaku memang salah saya tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada wang,” kata Rosnah Mohd Sailan, 43, selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjara kerana gagal membayar RM100 sebulan seperti diperintahkan mahkamah bagi membebaskan diri daripada status muflis. Menurutnya, hukuman penjara itu susulan kegagalan membayar ansuran bulanan sebuah Proton Saga dibeli pada 1994 yang kemudiannya dijual kepada pihak ketiga.

“Setiap malam saya hanya berfikir bagaimana mahu meneruskan kehidupan. Suami dipenjara ketika anak dalam persediaan menduduki peperiksaan malah saya juga berkemungkinan dipenjara,” katanya pada sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini, semalam. Hadir sama, Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dan Pengerusi Majlis Penasihatnya, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak.

Rosnah berkata, pihak ketiga yang membeli kereta itu juga gagal membayar ansuran mengakibatkan bank melelong kenderaan itu. “Suami diisytiharkan muflis serta diperintahkan membayar RM30,000 manakala saya sebagai penjamin diperintahkan membayar RM34,000.

“Mahkamah memerintahkan kami membayar RM100 sebulan, tetapi bermula Oktober 2004 hingga Jun 2010, kami gagal berbuat demikian sehingga hutang itu tertunggak sebanyak RM3,450,” katanya. Menurutnya, disebabkan tiada kerja tetap, dia dan suami gagal mematuhi perintah itu serta dianggap menghina mahkamah.

“Suami dipenjarakan sejak 27 September lalu dan sejak itu kehidupan saya bertambah sukar kerana perlu mencari duit menampung kehidupan tiga anak yang masih bersekolah,” katanya. Sementara itu, Dr Maamor berkata, PPIM memandang serius perkara itu dan akan mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri untuk campur tangan selain mencari saluran perundangan membantu Rosnah dan keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan