Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 11 Oktober 2011

Selama ini kita ditipu dengan keIslaman Neil Armstrong

cerita menarik mengenai Armstrong ialah apabila beliau dikatakan sudah memeluk Islam. Ia sudah tersebar sejak 15 tahun lalu dan Armstrong dikatakan mendengar azan ketika di bulan yang mendorong beliau memeluk Islam.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Armstrong menafikan beliau sudah memeluk Islam.

“Soalan ini sudah ditanya kepada saya sejak 15 tahun lalu. Sebagai menghormati rakan Islam, saya sebenarnya tidak pernah memeluk Islam,” katanya.

Menurut Armstrong, cerita itu mengatakan dia berkunjung ke Mesir dan terdengar azan dari sebuah masjid. Dia kemudian dikatakan bertanya kepada seorang lelaki tujuan azan dilaungkan. Apabila lelaki itu mengatakan ia adalah panggilan supaya umat Islam mengerjakan sembahyang, Armstrong serta-merta membuat keputusan memeluk Islam. Malah, dia dikatakan disuruh kerajaan AS supaya merahsiakannya kerana beliau seorang lelaki popular waktu itu.

“Itu semua tidak benar. Malah, saya tidak pernah pergi ke Mesir sepanjang hidup saya,” katanya.

2 ulasan: