Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 17 Oktober 2011

Tidurnya seorang MB



Kadangkala terfikir jugak. Aku kalau letih mesti cari tempat yang selesa untuk tidur. .Silap tidur salah urat dibuatnya. Zuhudnya seorang MB dan Tuan Guru sanggup tidur berbantalkan lengan dan tak kisah asalkan dapat menghilangkan kepenatan mengajar mendidik ummah dan mengurus tadbir kerajaan negeri. Bagi Tuan Guru masa sangat berharga.

Pernah suatu ketika, makan bersama Tuan Guru, beliau tidak akan makan sekiranya lauk yang di hidang tidak sama dengan lauk yang dihidang kepada orang ramai. Berbeza dengan orang-orang besar yang lain, berjam-jam bermesyuarat untuk mencari menu terbaik untuk dihidangkan kepada tetamu VVIP.

Aku sendiripun kadangkala terlalu naif meskipun taklah tua sangat. Banyak jemputan luar terutamanya dari kedah,penang yang tak dapat dipenuhi kerana keletihan. Kalau nak ceramah,kuliah dekat-dekat bolehlah. Kadangkala terfikir di hati kecilku, "layakkah hambaMu ini ke syurgaMu dengan pengorbanan yang amat sedikit"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan