Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 7 Oktober 2011

Berhati-hati dengan pokok hiasan...

Pokok beracun



Saya amat suka kehijauan sama ada di luar atau di dalam rumah. Suasana hijau itu boleh membuat hati jadi tenang dan sejuk mata memandang. Justeru saya amat menggemari pokok-pokok hiasan yang berdaun dan menghijau sama ada ditanam di atas tanah atau di dalam pasu bunga.

namun begitu kita seharusnya perlu berhati-hati kerana ada pokok hiasan ini boleh menjadi pembunuh yang sangat efektif
Ianya sangat beracun dan boleh membunuh kanak-kanak kurang dari 1 minit sahaja. Bagi orang dewasa ia memerlukan masa lebih kurang 15 minit. Sememangnya pokok ini selalu diletakkan di rung-ruang tamu, tempat letak kereta dan sebagainya. kadangkala secara tak sengaja kita memetik daunya atau mengoyakkan daunnya dan getahnya akan terkena di tangan. Sekiranya kita terlupa untuik basuh tangan ketika makan nescaya kita akan menerima padfahnya.

Kesan nya lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.

Pokok ini juga sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan