Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 11 Oktober 2011

Dulu aku jahat korang buat tak tahu je.....

Cerita Bob Lokman
Bob memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya). seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.
"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut. Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..."
"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.
ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.
Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.
"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.
Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....

Teringat suatu ketika aku mengajar agama di sebuah rumah di Taman Perumahan tempat aku tinggal dengan menggunakan kitab Muniyatul Mosolli. Ahli pengajian terdiri dari ibu-ibu dan para muslimat anggaran ada kut 40 orang. Tup-tup ada dengar cerita orang repot kat Pejabat Agama aku mengajar ajaran sesat minta pejabat agama siasat.Memang busuk sungguh hati perut orang yang repot tuu. Nasib baik yang terima repot tu kawan-kawan aku depa pakat gelak. Mak cik pegi balik, kami kenal sangat ustaz tuu..kalau dia sesat berapa ribu anak murid dia kat sekolah tu jadi sasat. Mernonong je Mak cik tu balik, itulah yang dikatakan bodoh yang tak boleh di ajar. Bob Lokman aku salute dekat hang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan