Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 6 Oktober 2011

Manusia muda berwajah nenek....

Gadis berusia 26 tahun Nguyen Thi Phuong dari Thailand mengalami nasib yg amat malang. Wajahnya bertukar menjadi seorang nenek tua setelah kesilapan mengambil pelbagai ubat. kesan darinya kulit menjadi cepat kendur dan berkedut menyebabkan penampilan dirinya sepertti nenek yg berusia 70 tahun.

Segalanya apabila memakan makanan laut, menyebabkan mukanya menjadi ruam gatal yg teruk.Bagi mengurangkan gejalam ruam yg tersangat gatal itu dia telah menelan berberapa ubat yg dibelikan oleh suaminya., Nguyen Thanh Tuyên, 34 tahun.

Ubat-ubatan itu tidak mendatangkan sebarang kesan. Beliau kemudian bertemu dengan seorang doktor tempatan, yang kemudiannya memberikan beberapa pil untuk dermatitis.

Walau bagaimanapun, pil itu menjadikan mukanya bengkak dan gatal-gatal pada kulitnya. Dia berhenti memakan ubat selepas seminggu, dan mula merujuk dengan beberapa pengamal perubatan tradisional Cina di bandar.

Dia telah diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan bengkak, tetapi ia menambahkan berat badannya. Tambahan pula ubat itu agak mahal dan VND30,000 (RM 6.00) diperuntukkan setiap hari, malah ia tidak mendatangkan banyak perubhan pada dirinya.

Phuong mula memakai topeng muka apabila dia keluar. Selepas suaminya berhenti kerja pada tahun 2009 untuk menjaganya, mereka kehabisan wang dan dia berhenti mengambil semua ubat.

Beliau kemudian memutuskan bahawa ia adalah takdir yang ditetapkan oleh Tuhan dan mereka sudah berhenti untuk berusaha mendapatkan rawatan untuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan