Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Sabtu, 14 Mei 2011

Sempena hari guru nie nak berkongsi ceritalah sedikit tentang pengalaman mula-mula jadi guru terlatih. lepas menamatkan latihan perguruan asas terus dapat surat penempatan bertugas nun jauh di seberang laut China Selatan di negeri Sabah. Perasaan bercampur baur, seronok pun ada sedih pun ada terpaksa berpisah jauh dgn ahli keluarga.

Aku di tempatkan di sek mission St. Sthephan Anglican School Lahad Datu Sabah. Penerbangan dari Kl ke Kota Kinabalu lepas tu naik lagi satu penerbangan Kota Kinabalu ke Lahad Datu. Memang letih. Rombongan kami guru baru ada lebih kurang 5 orang di bawa ke pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu. Di sana kami di beri taklimat mengenai kedudukan sekolah masing-masing. Meskipun sekolah aku tak lah jauh sangat dari Pusat bandar Lahad Datu tetapi jalannya amat mencabar kalau hujan hanya kereta pacuan 4 roda saja yg boleh melaluinya.

Aku ambil keputusan untuk tinggal di kuaters guru di sana meskipun keadaannya tersangat uzur . Terasing jauh dari perkampungan, ada 4 kuaters guru tapi semuanya tak berpenghuni. Aku pilih satu yang agak baik sikit tapi bila malam hari hujan lebat rupanya bumbung banyak bocor sehingga aku tak boleh tidur kerana kesejukan.

Api letrik dan bekalan air paip tidak ada. Minum air tadahan yang tak terjamin kebersihannya dan malam pakai lampu minyak tanah. Lantai rumah berlubang sana sini sehingga rumput dan selaput menjalar naik dicelah-celahnya

Pelajar tak ramai separuh darinya anak-anak pendatang yang tak ada surat lahir. Seronoknya disini guru-guru datang pakai selipar kerana jalan teruk sampai di sekolah barulah pakai kasut sarung. Sekolah ini dalam 40 peratus Islam namun penghayatan Islam sangat kurang. Sememangnya inilah cabaran awal yang terpaksa aku hadapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan