Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 9 Mei 2011

“Bukan bahagia yang membuat Anda bersyukur, melainkan bersyukur yang membuat Anda bahagia.”


Terimalah ketentuan Allah seadanya. Usah kita membanding-bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain dalam urusan duniawi kerana kita akan menjadi seorang yang tamak rakus dan sentiasa tidak cukup. Kita akan menjadi pemburu bayang sendiri dimana kita tidak akan dapat menangkapnya sampai bila-bila.

Kebahagian dan kepuasan hidup tidak akan dicapai sekiranya kita sering membuat andaian tentang masa yang telah lalu. Sesetengahnya ada yang suka mengungkap perkataan kalau..kalau..dan kalau. Kalimah ini boleh menyebabkan kita sentiasa bermain dengan emosi dan sekaligus akan menghalang kita untuk mengecapi kebahagian. Orang yang bahagia hatinya tenang, jiwanya tenteram dan...sememangnya kebahagian yang hakiki ialah apabila seseorang itu dapat mendekati Allah, hubban lillah dan sentiasa bertawakal kepada Allah swt.

Justeru pastikankan kita menghijaukan rumput dilaman kita dan jangan sekali-kali kita melihat rumput di laman orang lain lebih hijau dari laman sendiri...fikirkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan