Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 2 April 2012

Tragedi depan mata...

mayat wanita bogel
Semakin hari semakin banyak berita sensasi mengenai jenayah kejam yang berlaku di negara kita. Baru-baru ini (Sabtu malam ahad) dalam perjalananku untuk program kuliah di Surau Taman Semarak melalui Pokok Asam aku melihat banyak orang ramai berkumpul seolah-olah ada sesuatu yang berlaku. Rupa-rupanya aku diberitahu bahawa ada satu pembunuhan kejam berlaku.

Seorang wanita yang baru sahaja bersara telah ditemui dalam keadaan bogel dan kedua kakinya diikat dengan wayar manakala mayatnya telah membengkak dipercayai meninggal dunia 3 atau 4 hari yang lalu. Mayat ini berada di ruang tamu rumah no 27-505 Kg. Aman Pokok Asam Taiping kira-kira jam 5.30 petang itupun kerana bau busuk menyengat yang dihidu oleh jiran terdekat.

Aku difahamkan wanita ini tidak pernah bersuami dan pernah bertugas sebagai pekerja am di Sek.Keb Sri Aman Pokok Asam. Beliau adalah waris terakhir kerana semua adik beradiknya telah meninggal dunia. Menurut penduduk setempat kejadian samun dan bunuh ini yang berlaku pada warga emas yang tinggal seorang diri adalah kali yang kedua berlaku di tempat ini.

Beginilah kalau manusia tidak dididik dengan agama. Kesukaran hidup memungkinkan manusia hilang pertimbangan. Dosa pahala tolak ke tepi. Bila sebut kembalilah kepada hukum Allah nescaya jenayah akan berkurangan masing-masing mencemik bibir seolah-olah tidak yakin hudud,qisas dan taazir boleh menyelesaikan masaalah ummah. Bila kita melaksanakan ujndang-undang sikular inilah jadinya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan