Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 30 Ogos 2012

Tanda akhir zaman. Orang jahat dibela..yang baik dizalimi..undang-undang buat suka hati



Noor Afizal Azizan dan Chuah Guan Chew - Dua Perogol kanak-kanak
bawah Umur - di
bebaskan daripada hukuman mandatori penjara



Ibu-ibu.... bapak-bapak yang ada anak perempuan sila ambil perhatian dan langkah keselamatan yang sewajarnya kerana mulai sekarang jika anak kecil anda dirogol belum tentu lagi anda akan dapat melihat pelakunya diberi hukuman yang setimpal. 

Dan sekali lagi gadis-gadis di luar sana sila ambil perhatian..... perhatikan wajah dua lelaki durjana perosak masa depan gadis ini baik-baik. Ada sesiapa yang nak buat jadi suami? Makcik-makcik ada yang berkenan nak buat menantu lelaki seperti ini?

Di bawah undang-undang Malaysia , hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggap sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak dan mereka yang disabitkan dengan jenayah mandatori dikenakan hukuman bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:

"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

Ini menyebabkan bapa gadis 12 tahun yang dirogol oleh juruteknik Chuah Guan Jiu tidak berpuas hati kerana perogol anak gadisnya yang didapati bersalah itu hanya dikenakan ikat jamin RM25,000 dan berkelakuan baik 3 tahun. Kalau ikut undang-undang jenayah rogol bawah umur  sepatutnya paling minima kena 5 tahun penjara dan sebatan!


Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz berkata , "Mahkamah mengambil kira bahawa Chuah masih muda dan merupakan kesalahannya yang pertama.Kami juga mengambil kira hubungan seks tersebut atas kerelaan dan dia seorang pelajar yang tercicir dan demi masa depannya."

Beliau berkata, Chuah, 22, telah memusnahkan masa depan anaknya yang masih kanak-kanak tetapi mahkamah tidak mengambil kira apabila mengenakan hukuman.

“Sebaliknya, mahkamah hanya mementingkan masa depan perogol itu dan dia kini bebas mencari mangsa gadis muda yang lain, " katanya.

Sebelum ini, bekas pemain bowling kebangsaan , Noor Afizal Azizan disabitkan kesalahan merogol seorang gadis 13 tahun juga telah dibebasklan dengan ikat jamin RM25, 000 untuk kelakuan baik.

Mahkamah lebih bersimpati kepada pesalah laku dan bukan mangsa yang telah dimusnahkan masa depannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan