Saya terfikir balik, nak dakwah ni kena ada syarat-syarat ke..? Rasanya tidak. Jangan jadikan dakwah kita nie seperti dunia artis. Artis nak dipanggil buat persembahan siap letak harga. Ada ustaz/zah glamor siap minta wang bayaran pendahuluan 400 ringgit masuk dalam akaun,buat tempahan hotel mungkin nak jaga standart selaku penceramah agama di tv.
Seorang pegawai kerajaan yang nak buat majlis maulidul Rasul ditempatnya terpaksa menahan telinga bila ustaz glamor datang orang belum datang penuh, dan majlis agak terlewat sedikit bermula. Ustaz tu asyik mengomel dan mengeluh tak tentu pasal. Dia mintak saya tempah bilik Hotel Sri Malaysia saya pun tempah untuk dia sehari semalam...mungkin dia nak beristirehat. Rupanya bukan dia nak rehat cuma untuk salin pakaian lepas tu dia serah kunci habis ceramah dia terus balik. Rasa geram jugak tapi nak buat macam mana, lepas nie tobat saya tak panggil lagi"
Entahlah, kadangkala bila saya menonton rancangan bual agama di Tv saya dapat rasakan roh ilmu yang disampaikan agak kurang terkesan dihati, meskipun penceramahnya petah bercakap,ada idea yang bernas namun ia hanya sedap ditelinga tetapi tidak meresap di hati. Peringkat awal penampilan agak baik tetapi lama kelamaan saya tengok macam artis pulak. Bergincu merah, pakaian muslimah tetapi berfesyen, beropol-ropol,berbling-bling, warna pulak cerah-cerah dan terang tak taulah mungkin ini kehendak penerbit kut.
Akhir zaman, banyak orang sanggup jadikan agama demi kepentingan dunia yang sedikit. Saya selalu sebut pada sahabat seperjuangan..jaga nawaitu...jaga nawaitu.Jangan persoalkan berapa bayaran yg diterima. kadangkala duit minyak kereta pun tak lepas. Fokus pada dakwah kerana itu amal jariah kita. Matinya kita bermakna ilmu yg kita tinggalkan itu berjalan, selagi mana ada orang yang beramal dengannya selagi itu ada pahala untuk kita. memang kadangkala tak berbaloi dengan penat letih kita menelaah kitab, memerah otak nak cari idea, tidur tak cukup. Bagi saya apa juga pekerjaan buatlah ikut kemampuan tak jadi ustaz glamor pun tak paa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan