Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 27 April 2011

Benarkah Bukit larut Ada Perkampungan Bunian..?


Saya mungkin tidak berapa mengenali guru ini. namun saya selalu diundang untuk menyampaikan ceramah di sekolah beliau. Mengikut laporan berita yang dikeluarkan inilah kali ke empat beliau mendaki Bukit Larut.

kematian beliau diceritakan pada saya oleh seorang kenalan beliau pada hari selasa ketika saya menjalankan tugas melatih peserta syarahan peringkat negeri di PPD larut matang. Ketika itu jenazah baru diturunkan dari Bukit larut.

Sahabatnya memberitahu bahawa simati pernah menceritakan bahawa dia teringin mendaki bukit Larut kerana pernah terjumpa satu perkampungan yang sangat cantik. Saya tidak tahu sama ada ini hanya khayalan atau perkampungan itu benar-benar wujud.

Tiba-tiba seorang teman disebelah saya bertanya benarkah ada perkampungan bunian? Sesungguhnya bunian tergolong dalam kelompok makhluk halus kerana Nabi menyebut terdapat makhluk halus yg suka tinggal hampir dgn manuisa hatta dalam rumah manusia. Perkampungan mereka juga tidak berjauhan dgn perkampungan manusia. Golongan bunian ini disebut sebagai "Amir" atau "Umar' yg tinggal berdekatan dgn manusia.

Dalam suatu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat yang bernama Khurafah didapati hilang secara tiba-tiba. Keluarganya bertemu dengan Nabi SAW menceritakan perihal kehilangan Khurafah.

Bagaimanapun dalam masyarakat kita, apabila dirujuk dalam cerita-cerita ganjil dan tidak masuk akal, kita menggelarnya khurafat. Asal istilah khurafat itu adalah cerita benar daripada individu yang bernama Khurafah.
masyarakat bunian dikaitkan dengan masyarakat beragama yang melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan seperti mendirikan masjid, surau, melaungkan azan, mangaji al-Quan dan sebagainya. Masyarakat Melayu mengaitkan masyarakat bunian dengan jin Islam.

Berbalik kepada kisah Khurafah. Ia telah menceroboh satu perkampungan bunian dan didakwa dengan tuduhan membunuh seekor ular. Dalam perbicaraan itu ia dibela oleh seorang pembela dan mengemukakan hujah dengan berkata, “Khurafah tidak dipersalahkan kerana dia membunuh salah seorang anggota daripada masyarakat kita (bunian) yang menyerupai ular, sedangkan ular adalah musuh utama kepada manusia. Maka Khurafah membunuh ular, bukanlah berniat membunuh orang kita, tetapi mambunh musuh di alamnya.” Maka dengan itu Khurafah dibebaskan dan dihantar balik ke alamnya.

Apabila berita ini disampaikan kepada Nabi SAW, ramai mempertikaikannya. Nabi SAW berkata:
Dia dituduh membunuh salah seorang daripada orang penting dalam masyarakat itu dan mereka menuntut supaya dia dibalas bunuh. Dia dibicarakan dalam mahkamah yang telus, mempunyai system keadilan yang hampir sama dengan manusia, dengan menggunakan peguam bela dan sebagainya.
Tidak berapa lama selepas itu, Khurafah muncul semula dan menceritakan mengenai pengalamannya membunuh seekor ular hitam, tiba-tiba beliau tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya berada dalam masyarakat seperti manusia, tetapi penuh dengan keganjilan.

Ada yang mendakwa pernah melihat dan mendakwa manusia mampu berkomunikasi dengan orang bunian sehingga boleh hidp berjiran termasuk meminjam barang-barang keperluan harian. Kesahihan cerita itu saya pulangkan kepada Allah SWT yang lebih Mengetahui.Pendapat saya, makhluk ini memang wujud dan tergolong dalam kategori makhluk halus. Makhluk ini dikaitkan dengan suatu perkampungan atau penempatan seperti manusia. Mereka turut berumah tangga, beranak pinak dan hidup bermasyarakat.

Bagi saya kematian guru ini adalah disebabkan tergelincir jatuh dan cerita-cerita disebalik itu hanya Allah yang Maha Mengetahui.... mudah-mudahan Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau, amiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan