Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 19 April 2011

Andai Baldi Boleh Berbicara....?


Pada zaman dahulu kala ada seorang nenek tua pengangkut air. Di usianya yang sudah tua, nenek ini masih kuat dan bersemangat. Setiap hari ia berjalan memikul dua baldi kayu dan mengambil air dari sungai ke rumahnya. Sayangnya, setiba di rumah air tinggal separuh. Ternyata salah satu baldi kayunya sudah lapuk dan bocor.

Setahun berlalu. nenek tua tetap tidak memperbaiki baldi kayunya. Akibatnya air yang diangkut pun tidak pernah penuh. Baldi kayu yang bocor merasa rendah diri terhadap baldi kayu yang satunya lagi. Suatu hari, baldi kayu yang bocor berkata pada nenek tua: “Nek..., maafkanlah saya kerana saya serba kekurangan. Saya malu dan benci kerana saya hanya mampu membawa separuh air berbanding dengan sehabat saya baldi yang lagi satu . Saya benci dengan diri saya yang bocor ini.

Dengan tersenyum nenek tua menjawab. Sesungguhnya saya amat berbangga dengan kamu... Lihatlah sepanjang jalan yang biasa kita lalui”. Di sisi jalan tempat biasanya baldi bocor melaluinya yakni kamu...kelihatan telah tumbuh sederetan bunga bungaan yang begitu indah dan mengagumkan. “Sememangnya saya menyedari akan kekuranganmu. Lalu saya telah menyemai berbagai benih anak bunga di sepanjang jalan ini. Dan berkat kamu yang menyirami bibit bunga itu setiap hari dengan bocoran airmu, saya dapat menikmati keindahan bunga-bungaan ini. Hatiku senantiasa segar dan bersemangat sentiasa...jelas nenek tua.

Setiap manusia ada keklebihan dan kekurangan. Tentunya kita amat membenci akan kekurangan diri kita. Kita perlu belajar menghargai kurniaan Allah dan menerima dan mencintai diri kita seadanya. Jangan kerana tubuh kita yang gemok gedempol atau bergigi jonggang lalu kita merasa terlalu rendah diri. Jelasnya kita perlu pandai berperanan dalam kehidupan. Berapa banyak orang yang cacat anggota boleh berjaya dalam hidup. Berapa banyak artis glamor yang cantik handsom bergaya dan kaya-raya tidak bahagia dalam rumahtangga tak sampai setahun bercerai berai.
Apa yang penting...bersyukurlah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan