Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 13 April 2011

Monyet yang tak reti memanjat pokok...?

"Ustaz tolong kaunseling anak saya. Rayu seorang ibu "Dia dah malas nak belajar. Exam hari tu tak berapa bagus...so..dia nekad tak nak belajar lagi.. nak cari kerja katanya. Ustaz...saya mahu anak saya nie belajar hingga ke menara gading, saya sanggup berkorban wang ringgit ustaz. Itulah keluhan seorang ibu yang datang bertemu saya bersama dengan anaknya.

Saya bukan pakar kauseling seperti Dr Fadhilah Kamsah. Namun saya ada kelulusan dalam bidang kaunseling dan adalah sedikit sebanyak pengalaman nak handle masaalah remaja yg dah fedup nak belajar.

"Kamu pernah dengar monyet tak pandai panjat pokok tak?" Remaja itu geleng kepala. Nampak macam malu-malu.. Ni ustaz nak cerita monyet tak reti panjat pokok.

Di dalam hutan yang tebal, tinggal ratusan ekor monyet. Monyet-monyet itu bergayutan di pokok, bermain dengan gembiranya. Namun di bawah pohon situasi berbeza. Seekor monyet berjalan mundar mandir di tanah tidak ikut bergayut dan bergembira seperti teman-temannya, Lalu monyet di atas pokok menegur monyet di bawah pokok...

"Awat hang tak panjat pokok...best ooo main kat atas ni' Sambil mencebik bibir. Monyet lain pakat angguk-angguk. "Sebenarnya aku teringin sangat nak main kat atas tapi aku nak habak kat hangpa semua aku dah tak berani lagi nak memanjat."

Pasai apa...??" Monyet tua segera menyoal. "Aku pernah jatuh kedebub...ke tanah sebab tersilap langkah..."Monyet lain pakat gelak. "Badan aku luka, kepala berdarah...pasai tu lah aku dah serik nak memanjat" jelas monyet yg malang itu.

Suatu hari musim buah pun tiba. Berbagai pohon di hutan mula berbuah. Para monyet berpesta buah di atas pohon. Sementara monyet yang tidak berani memanjat hanya mampu menelan air liur. Akhirnya ia hanya dapat makan sisa-sisa buah bekas gigitan monyet di atas yang terjatuh ke bawah.

Kesiankan monyet tu kan ? Aku tengok bijik mata remaja tu klip pok...klip pok bila dengar cerita aku.Dan...aku tak taulah sama ada dia faham ke tidak dengan cerita mengarut aku nie.

"Macam tu la jugak kita.Kegagalan bukan berarti kita mudah mengalah. Biarpun hari ini kita berundur setapak kebelakang, namun hari esok mungkin kita sudah boleh melangkah 5 tapak ke hadapan."

Lima hari lepas tu mak dia datang ucap terimakasih kat aku kerana anak dia tak jadi nak cari kerja, nak sambung belajar katanya. Alhamdulillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan