Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 4 April 2011

Akhirnya aku dapat pingat PPT...


Baru-baru ini aku telah berkunjung rumah seorang teman. Masuk pintu rumahnya sudah terpapar gambar besar dia menerima satu pingat kebesaran dari Baginda Sultan.Lantas aku tanya dia "hang dapat pingat apa nie?"Pingat PPT " Dia jawab dengan penuh rasa bangga.

Aku senyum dan tepuk bahu dia "Aku pun dah dapat pingat nie..."Nampak macam dia pun terkejut. "Aai... ustaz pun dapat jugak, hebat tuu...bila dapat? "Lama dah...pingat ni anugerah Allah PPT (Pelan-Pelan Tua) Terkedu juga dia dengan jawapan aku. memang betoi pun, setiap manusia akan menempuh alam ini.

Kita rasa kita tua bila tenaga kita semakin berkurangan. Mudah rasa penat, sakit,lengoh-lengoh urat sendi semua itu tanda-tanda PPT. Tapi ada juga orang tua tak sedar diri, makin tua makin menjadi. Tua-tua lengkuas makin tua makin buas. Di Taiping ini ada kedai makan yang menyediakan tempat untuk berkaroeke, alahai... banyak juga golongan pertengahan umur dan warga tua yang ambil bahagian. tahun lepas seorang tua 70han meninggal dunia selepas berkareoke di satu premis berdekatan dengan tempat aku memberi kuliah. Kesian... tak sempat sampai ke Hospital meninggal mungkin sakit jantung kut.

Sebab itulah barangkali Nabi berdoa kepada Allah agar umatnya tidak diberi umur panjang seperti mana umur umat yang terdahulu. Setakat umur 60 ke 70 ini pun kita lihat banyak yang lupa diri tanpa menyedari anugerah PPT dari Allah itu akan mendekatkan mereka kepada kematian.
wallahuaklam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan