Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 15 November 2011

Jangan Mati Dalam Jahiliah

Baru-baru ini saya di ziarahi oleh beberapa orang dari jamaah Islam Tabligh. Saya tidak pasti bagaimana mereka boleh mengenali saya dan menyebut nama saya berkali-kali. Dulu masa muda-muda dulu pernah sekali dua ikut jamaah ini berdakwah tetapi saya ikut hanya untuk ambik tahu sahaja. Bagi saya jamaah ini ada kelebihan dan ada kekurangannya.

"Kami nak adakan himpunan ulamak dalam minggu nie, jadi kami harap sangat ustaz dapat hadir. Bukan apa ustaz... dengan adanya kalangan ustaz dalam kumpulan kami bolehlah ustaz memantau kut-kut ada kesilapan kami, maklumlah banyak di kalangan kami ni masih jahil agama." Tasykil mereka dengan rendah diri.

Saya mohon maaf kerana kesebokkan saya mengajar setiap malam lagipun banyak kaedah dan cara berdakwah apa yang penting kita perlu meletakkan matlamat untuk tegakkan hukum Islam di bumi Allah ini. Syariaat mesti ditegakkan dan jahiliah mesti diruntuhkan.

Rasulullah saw tidak hanya menjalankan kerja dakwah semata-mata tetapi Rasulullah diperintahkan Allah untuk berhijrah ke Madinah untuk apa??? Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menegakkan negara Islam dan mendaulat kan hukum Allah swt.

Rasulullah saw menyatakan yang mafhumnya "Siapa antara kamu yang tidak berjuang untuk menegakkan hukum Allah dan tidak ada cita-cita langsung untuk berjuang menegakkan hukum Allah lalu ia mati ... maka matinya samalah kematian seorang jahiliah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan