Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 3 November 2011

6 virus perosak amalan

1- Sesiapa tidak takut kepada balasan Allah SWT, nescaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.

2- Sesiapa tidak takut dengan pertemuan bersama Allah SWT, nescaya hatinya tidak akan selamat dari perkara haram dan syubahat.

3- Sesiapa tidak memutuskan pengharapan kepada orang lain, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat tamak.

4- Sesiapa tidak memelihara amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat riak.

5- Sesiapa tidak memohon pertolongan dengan Allah SWT agar dijaga hatinya, nescaya dia tidak akan selamat daripada penyakit hasad.

6- Sesiapa tidak melihat orang lain lebih utama dalam bidang ilmu dan amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat ujub.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan