Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 27 Disember 2011

Tak naik...rugi ooo....!

Kereta api laju generasi baru siri CRH buatan China mampu mencapai kelajuan 500 km sejam telah menjalani ujian pertamanya di Qingdao, Wilayah Shandong pada penghujung minggu lalu. Ia bakal menjadi keretapi terlaju di dunia

Kereta api buatan syarikat CSR Corp.Ltd ini mempunyai bentuk kepalanya menyerupai pedang purba China dan gerabaknya dibuat dari bahan plastik yg diperkuatkan dgn fiber karbon. Kuasa tarikan maksimanya 22,800 kilo watt. Kereta api paling laju yang pernah aku naiki CRH380 Beijing -Tianjin - Shanghai dengan kelajuan 350 km sejam.

Menaiki keretapi laju tidak ada langsung sebarang gegaran apatah lagi dengan kesenyapan injinnya tak sedar sampai ke destinasi yg dituju. Di dalam gerabaknya seolah-olah kita berada dalam pesawat siap dengan pramugarinya. Kerusi tempat duduknya cukup selesa berbanding kapal terbang dan harganya juga agak murah. Siapa yang bertandang ke China kalau tak naik keretapi laju rugi ooo...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan