Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Rabu, 28 November 2012

Mungkinkah ibu ni tak sanggup lagi nak makan buah durian

Bayi maut ditimpa durian: Tak sangka penantian kami berakhir begini
Sedih juga bila baca berita ni. Entahlah teringat zaman sekolah arab dulu. saya dan seorang sahabat baik lari dari ihtifal sekolah pastu kami berteduh di bawah pokok durian. Kami tak sedar pokok durian itu telah berbuah dan matang. Tanpa disangka sebiji buah durian jatuh ats belakang sahabatku dan terbelah. Yang lucunya geram punya pasal dia makan buah durian hingga habis.

Tapi entah benar atau tidak, buah durian ni  kalau dah timpa orang biasanya akan mati secara perlahan-lahan.  Tak  lama pokok durian itu mati meragan...Ini pulak kes bayi ditimpa buah durian kat Nibong Tebal.


NIBONG TEBAL - "Saya tidak menyangka kejadian ini memisahkan kami berdua kerana kelahirannya sememangnya amat ditunggu sebulan lalu,” demikian jelas Samimi Kasmin, ibu Mohamad Yusoff Zainal.
Samimi berkahwin dengan suaminya Zainal Abedin, 52, warga negara Pakistan yang bekerja sebagai buruh kontrak setahun lalu.

Mereka tiga beranak tinggal menyewa di rumah itu sejak mula berkahwin dan ketika kejadian pada jam 4 petang semalam dia tinggal bersama bayinya manakala suaminya itu bekerja di pekan Sungai Bakap.

“Saya turut hairan apabila dia asyik menangis tanpa henti sejak awal pagi semalam sedangkan sebelum ini dia lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur.
“Memang kami menyayanginya sepenuh hati kerana dia merupakan buah hati dan tanda cinta kami berdua sejak hampir dua tahun berkenalan,” katanya.
Bayi maut ditimpa durian
Menurut Samimi petang semalam ketika hendak keluar mengambil pakaian yang dijemur di ampaian lebih kurang dua meter dibelakang rumahnya, bayinya itu menangis semakin kuat.
“Sebaik didukung di sebelah kiri bahu saya dia berhenti menangis dan meronta-ronta membuatkan saya memeluknya dengan lebih erat bagi mengelak dia terjatuh.

“Tiba-tiba semasa sedang mengutip pakaian, sebiji buah durian dari pokok lebih kurang tinggi 13 meter jatuh lalu menimpa bahagian tepi kepalanya,” katanya.

Samimi berkata, dia kemudian bertindak menggosok kepala anaknya itu serta mula panik apabila mendapati anaknya itu berhenti menangis.

“Saya kemudian menghubungi suami memberitahu kejadian itu. Jiran membantu saya membawa Mohamad Yusoff  mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sungai Bakap.
“Bagaimanapun selepas sejam diberikan rawatan kecemasan dia disahkan meninggal dunia,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan