Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 12 Julai 2011

Dai'e Sejuta Ummat meninggal dunia.

Semasa saya berkhidmat di Negeri bawah bayu,saya sering juga mendengar ceramah beliau melalui kaset. Dia seorang pendakwah hebat yang kita semua kenali namanya. Sosok tubuh yang sering mengisi dunia dakwah melewati garis Indonesia dengan ceramahnya yang dihadiri jumlah yang tidak sedikit. Saya tidak pernah bertemu dengannya tetapi sering membeli kaset-kaset ceramahnya, belajar caranya menghurai sesuatu ayat al-Quran atau hadith Rasul dengan cara yang santai dan dekat dengan masyarakat sasarannya.


Almarhum Zainuddin MZ bercita-cita untuk mendirikan pesantren di dekat rumahnya. Cita-cita itu diawali dengan pembangunan masjid Fajrul Islam, yang kini berdiri megah.

Fikri Haikal, anak pertama alrmahum, mengatakan ayahandanya sudah lama ingin mendirikan pesantren. Nantinya, pesantren tersebut mengelilingi masjid. “Jadi beliau ingin seperti ulama salafiyah, yang memiliki pesantren, mengajar ditempat itu dan dimakamkan juga disitu,” papar dia.

Kiyai Haji Zainuddin MZ, 60 tahun yang terkenal dengan gelaran ‘daie sejuta ummat’ telah meninggal dunia pada 9.22 pagi 5 Julai 2011 di Jakarta. Semoga Allah SWT memasukkan beliau dalam kelompok manusia terpilih atas perjuangannya dalam dunia dakwah, mendapat rahmat dan keampunan sehingga dimasukkan ke dalam syurga-Nya. Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan