Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 24 Julai 2011

Aku malu pada Allah...monolog seorang hamba

Sedikit syukur...sedikit ibadah. Sedikit zikrullah dan sedikit tazkiah nafsiah..Banyak amalan lagha menyebabkan aku rasa malu pada Allah swt. Apa yang Allah tak beri pada aku. Sihat...? Alhamdulillah setakat ini belum ada lagi sakit jantung,buah pinggang ok,kencing masih masin, kolestrol ada sikit-sikit kut...ghout tak pernah kena meskipun aku ni penggemar makanan laut.

Rezeki...apa yang Allah tak beri pada aku. Lepaih beri kuliah depa jamu makan. kue teaw kerang lah..nasi ayam,nasi minyak paling-paling pun bee hon/mee goreng. Mana tak naik berat badan 5 kilo. Belanja rumah cukup, tak dak kad kredit fikiran pun tak runsing nak bayar hutang.Rumah sendiri dah ada...kereta cash tak dak hutang...apalagi hang nak?? tak syukur lagikah pada Allah. Memang aku malu pada Allah. Nafsu oh nafsu awat hang suka sangat merangsang hamba yg dhoif ini. Aku malu pada Allah.

Anak-anak pun walaupun tak segenius anak orang. setakat ini engkau kurniakan zuriat yg menyejukkan hati nurani. Dengar cakap dan tunjuk ajar mak bapak. Moga Kak long yang belajar di UNISZA tercapai cita-cita untuk menjadi pakar kaunseling agama kelak..Begitu juga angah hadapi cabaran yang lebih getir di Perancis kelak. Buat alang memang abah bercita-cita nak tengok hang belajar di Universiti Madinah..ingat hanya beberapa tapak sahaja lagi. Selama ini apa yang kita minta sentiasa dimakbulkan Allah cuma terkadang-kadang kelalaian merusakkan ibadah kita. Sekali lagi aku malu pada Allah.

Ya Allah...pemurahnya engkau pada hambamu ini. Janganlah kenikmatan ini melalaikan aku persis seperti Tsa'labah Ibn Hatim. Jadikan aku seperti Abdul Rahman Al-Auf yang banyak berkorban untuk agama-Mu

Kini...aku semakin sedar, sesiapa yang mentaati Allah, maka Allah akan menghilangkan kesusahan dalam hidupnya dan Allah akan beri rezki yang ia tidak sangka-sangka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan