Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 19 Julai 2011

Sesiapa yang mencari Hidayah Pasti akan mendapat Hidayah

Idris Tawfiq adalah seorang paderi di gereja Katholik Rom di Britain. Pada awalnya beliau memiliki pandangan yang negatif terhadap Islam. Baginya Islam hanya sesuai dengan keganasan, potong tangan, diskriminasi terhadap perempuan, dan sebagainya. Namun pandangan itu mulai berubah ketika beliau melakukan kunjungan ke Mesir. Di negara piramid itu, Idris Tawfiq menyaksikan ketulusan dan kesederhanaan kaum Muslimin dalam melaksanakan ibadah dan serta keramahan sikap mereka.

Beliau melihat sikap umat Islam yang jauh berbeza dengan pandangannya selama ini. Menurutnya, Islam sangat lembut, bertolak ansur, sederhanana, ramah, dan memiliki sifat keteladanan yang boleh dijadikan contoh untuk agama lain.

''Saya melihat mereka tenang, lembut, dan tertib dalam beribadah. Terdapat juga suara panggilan solat (azan), mereka yang kebanyakannya peniaga, segera bergegas menuju masjid. Indah sekali saya melihatnya,'' katanya.

Dari sinilah, pandangan Tawfiq berubah tentang Islam. ''Waktu itu, seperti masyarakat Britain yang lain, pengetahuan saya tentang Islam adalah seperti yang saya lihat di dalam TV bahawa Islam adlah ganas. Tetapi itu bukanlah ajaran Islam.'' tegasnya.

Pulang dari Mesir, Tawfiq masih lagi menjadi penganut agama Katholik. Ketika beliau aktif mengajar pelajaran agama kepada para pelajarnya di sebuah sekolah umum di Britain, beliau diminta untuk mengajarkan pelajaran perbandingan agama.

''Saya mengajar tentang agama Kristian, Islam, Judaisme, Buddha dan lain-lain. Jadi, setiap hari saya harus membaca tentang agama Islam untuk saya ajarkan kepada pelajar. Dan di sana terdapat ramai penuntut Muslim berketurunan Arab. Mereka menunjukkan contoh pergaulan yang baik dan bersikap sopan dengan rakan-rakan. Dari sini, saya makin berminat untuk berinteraksi dengan pelajar Muslim,'' ujarnya.

Sepanjang bulan Ramadhan, beliau melihat umat Islam, termasuk para siswanya, berpuasa serta melaksanakan solat tarawih bersama-sama. ''Perkara ini saya saksikan hampir setiap hari dalam bulan ramadhan. Lama kelamaan saya mula belajar dengan mereka, walaupun ketika itu saya belum menjadi Muslim,'' papar Tawfiq.

Pada bulan Ramadhan, Tawfiq mempelajari Al-Quran. Beliau membaca ayat-ayat Al-Quran dari terjemahannya. Dan ketika membaca ayat 83 surah Al-Maidah, beliau kaku.

''Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Alquran).''
(Al-Maidah ayat 83)

Secara tiba-tiba, Tawfiq dapat merasakan apa yang disampaikan Alquran. Beliau menangis. Namun beliau sembunyikan dari pandangan para pelajarnya. Beliau dapat merasa sesuatu di sebalik ayat tersebut.

Memeluk Islam

Bermula dari situ, beliau cuba mencari jawapannya. Beliau pergi ke Masjid terbesar di London dan berbincang dengan Yusuf Islamtentang Islam. Tawfiq memberanikan diri bertanya pada Yusuf Islam. ''Apa yang akan kamu lakukan apabila menjadi Muslim?''

Yusuf Islam menjawab. ''Seorang Muslim harus percaya pada satu Tuhan, solat lima kali sehari, dan berpuasa pada bulan Ramadhan,'' ujar Yusuf yang dikenali sebagai Cat Stevens.

Tawfiq berkata, ''Semua itu sudah saya lakukan.''

Yusuf berkata, ''Jadi apa yang kamu tunggu?''

Saya katakan, ''Saya masih seorang yang beragama Kristian.''

Perbincangan kami terhenti seketika kerana sudah tiba waktu solat zohor. Para jamaah bersiap-siap untuk menunaikan solat. Saya mundur ke belakang saf dan menunggu sehingga selesai solat.

Ketika menunggu, Tawfiq terdengar suara yang mempertikaikan sikapnya. ''Saya menjerit, walaupun di dalam hati. ''Siapa yang cuba bermain-main dengan saya.''

Namun saya tidak menjumpai pemilik suara itu. Tetapi suara itu mengajak saya untuk memeluk. Akhirnya, selepas solat selesai, Tawfiq segera menuju ke arah Yusuf Islam. Dan beliau menyatakan ingin memeluk Islam. Tawfiq meminta Yusuf Islam mengajarnya mengucap dua kalimat syahadat.

''Ayshadu an Laa Ilaha Illallah. Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.'' Saya bersaksi, tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Utusan Allah.

Jamaah menyambut dengan gembira. Tawfiq menitiskan air mata. Bukan kerana sedih, tetapi terasa sangat bahagia.

Tawfiq telah memilih agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ini. Beliau tidak menyesal setelah menjadi pengikutnya. Pangkat dan penghargaan yang diterimanya dari gereja dilupakan dan ditinggalkannya.

Seperti yang kita tahu, Idris Tawfiq mendapat gelaran kesarjanaan dari University of Manchester dalam bidang sastera, dan gelaran bishop dari University of Saint Thomas Aquinas di Rom. Berstatuskan gelaran tersebut, beliau dapat mengajar ilmu Katholik kepada jemaatnya. Namun, akhirnya beliau beralih mengajarkan Islam kepada masyarakatnya.

''Dulu saya gembira menjadi paderi dan pastor untuk membantu masyarakat selama beberapa tahun yang lalu. Namun, saya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Saya beruntung, Allah SWT memberikan hidayah pada saya. Saya tidak menyesal meninggalkan tugas saya di gereja. Saya percaya, kejadian (keislamannya) ini lebih baik jika dibandingkan dengan kehidupan masa lalu saya,'' terangnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan