Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 8 Julai 2011

Impian Yang Sia-sia...Bunuh diri utk derma organ


Seorang gadis berusia 12 tahun membunuh dirinya dengan minum thiodan racun perosak supaya dia boleh menjadi penderma organ kepada bapa dan abangnya.

Pengorbanan Mumpy Sarkar dari
kampung Jhorpara, Bengal mati dengan sia-sia, kerana niatnya hanya diketahui oleh keluarganya sehari selepas pembakaran tradisional mayatnya di mana ayahnya baru menemui satu nota di atas katilnya.

Nota yang dialamatkan kepada ibunya, gadis itu meminta agar mata dan buah pinggangnya digunakan untuk rawatan bapa dan abangnya.

Gadis itu telah mendengar ibu bapanya membincangkan bagaimana hanya pembedahan mata yang boleh memulihkan penglihatan ayahnya dan pemindahan buah pinggang dapatv mengembalikan kehidupan abang dan ayahnya.

Kos prosedur perubatan untuk pembedahan di luar kemampuan keluarga dengan pendapatan yang tidak seberapa.

Mumpy, seorang pelajar Tahun Enam di Sekolah Persatuan Peladang, Baranberia menemui pelan, yang seolah-olah menjadi jawapan kepada masalah keluarga mereka. Dia akan membunuh dirinya dan organnya akan memberikan kehidupan kembali terhadap orang tersayang.

Encik Samir Poddar, wakil majlis negeri tempatan, melawat Encik Sarkar di rumah, 70 batu utara dari Calcutta, dan menjanjikan bantuan kewangan untuk rawatan Manojit yang buta dan anaknya, yang telah menderita penyakit batu karang di dalam buah pinggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan