Keenakkan durian saka kampung terletak pada rasanya yang lembut dan padat. Isinya lebih halus manakala rasanya cukup berlemak, tidak begitu manis dan ada rasa pahit di hujungnya Digelar durian saka kerana umurnya yang mencecah ratusan tahun itu,
pokok durian yang masih muda mempunyai kanopi yang berbentuk seperti kon sementara bagi pokok matang, kanopinya berbentuk bulat dan merendang di bahagian pucuknya. Ditanam menggunakan biji, pokok durian saka lebih tinggi berbanding durian kacuk atau durian kahwin yang lebih rendang. Pokoknya tinggi menjulang malah boleh mencecah ketinggian 50 meter iaitu hampir sama dengan bangunan 13 tingkat. Durian seperti ini banyak ditemui di kampung-kampung di daerah Segamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan