Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 12 Julai 2011

Tak terfikirkah kita...?

Tak terfikirkah kita suatu ketika nanti kita akan kehilangan teman untuk bergelak ketawa, anak isteri dan sanak saudara untuk berbicara. Siapa teman kita di sana...?

Sememangnya kita ditakdirkan untuk seorang diri. Peneman kita hanyalah amalan. Sudah cukupkah amalan soleh kita? Tak cukup lagi...? Kenapa perlu bertangguh-tangguh..? Nak tunggu sakaratul maut datang menjemput.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' (Jaminan daripada Al-Quran kepada Sesiapa Yang membacanya)


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Hati kecil berbisik..."Ya Allah...jauhilah diri ini dari bersifat lemah dan malas untuk menatap dan membaca kitab suci-Mu.Inilah temanku di alam barzahku kelak...teman sejati...tak terfikirkah kita..???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan