Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 3 Julai 2011

4 kekuatan...

1- Kekuatan Perjuangan
Setiap manusia diberikan kekuatan untuk menghadapi kesulitan dan penderitaan. Justru melalui berbagai kesulitan itulah kita ditarbiah untuk menjadi makhluk ciptaan Allah swt yang tegar dalam menghadapi berbagai kesulitan dan kegagalan.

Seringkali kita lupa untuk belajar bagaimana caranya menghadapi kegagalan dan kesulitan hidup, karena kegagalan itu sendiri merupakan unsur atau bahan yang utama dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan kita di dunia maupun akhirat

2-kekuatan ilmu dan pembelajaran

Salah satu kekuatan manusia adalah kemampuannya untuk belajar mencari ilmu.. Dengan belajar kita dapat menghadapi dan menciptakan perubahan dalam kehidupan kita. Dengan belajar kita dapat berkembang hari demi hari menjadi manusia yang lebih baik dan lebih sempurna. Ilmu merupakan penyuluh kehidupan. Tidak ada ertinya suatu amalan di sisi Allah tanpa disertai dengan ilmu dan kefahaman.


3-Kekuatan disiplin diri..

Setiap manusia memerlukan satu peraturan untuk hidup. Makanan yang kita suap ke mulut perlu dikunyah dihadamkan terlebih dahulu kemudian barulah ditelan. Begitu juga dalam kita membangunkan diri untuk menjadi insan yang terbaik ianya perlu dilakukan secara berterusan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam

4 Kekuatan fikrah

Fikrah atau fikiran adalah anugerah Tuhan yang paling istemewa berbanding dengan makhluk yang lain. Dengan akal manusia boleh berfikir.. Seorang yang berjaya perlu mempunyai fikrah yang jelas. ke mana arah tuju kehidupannya. Justeru fikrah mestilah dipandu dengan akidah yang mantap barulah dia akan memperolehi kebahagian di dunia dan akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan