Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 12 Julai 2011

Ya Allah..selamatkan negara kami dari tali barut Yahudi.


Firman Allah yang bermaksud : Dan....selama-lamanya tidak akan redho Yahudi dan Nasora itu sehingga kamu mengikut akan jejak langkah mereka.

Selasa, 12/07/2011 - Laporan yang di isukan oleh Pusat Kajian Sempadan Palestin melaporkan bahawa pihak Zionis sedang cuba menawan perkuburan bersejarah Ma’manaallah di Al-Quds, yang kini ditumpukan kepada menguasai sebahagian kecil lagi kawasan selepas 90% daripada tanah itu telahpun diceroboh untuk membina petempatan Yahudi.

Menurut data, Zionis telah melancarkan operasi penawanan perkuburan muslimin dekat Ma’manallah, yang merupakan perkuburan tertua dan paling bersejarah di tanah Palestin, yang mempunyai keluasan asal sebanyak 200 dunum yang kini hanya tinggal 20 dunum, selepas Zionis mendirikan hotel, tempat letak kereta dan taman rekreasi di atas 70% kawasan perkuburan, dan bakinya sedang dirancang untuk dibangunkan sebagai kawasan petempatan.
bersih rally 090711 police kick protestor story image
Laporan itu turut menekankan bahawa Zionis dan konconya sedang merancang untuk membina Muzium Yahudi di atas baki tanah perkuburan Islam itu, disamping membina kompleks dan mahkamah Zionis, “dengan bayaran terpaksa memusnahkan dan menjajah kawasan perkuburan Islam yang bersejarah itu kerana menganggap projek mereka itu lebih penting daripada Al-Quds sendiri”.

1 ulasan: