Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 31 Julai 2011

Berhati-hati, Kurma Jenama Jordan River

Alhamdulillah malam pertama bertarawih di Masjid Lama Taiping. Bawa semua ahli bait sekali. Kebetulan malam pertama tarawih nie free tak ada kuliah/tazkirah berkesempatan dapat dengar tazkirah dari seorang ustaz yang diundang khas dari Bagan Serai (kulaan). Seronok juga dapat dengar kupasannya tentang puasa tapi malangnya tazkirah yang berbentuk kuliah itu agak panjang menyebabkan banyak ahli jamaah gelisah dan meninggalkan majlis meskipun majlis belum berakhir.

Barulah aku tahu kenapa Nabi memendekkan bacaan ketika solat berjamaah kerana takut membebankan ahli jamaah yang uzur dan tua. Begitu juga dalam menyampaikan ceramah atau kuliah. Habis solat tarawih 10.30 tambah lagi dengan kuliah tazkirah satu jam lebih rasanya tumpuan jamaah akan berkurangan. Aku rasa paling lamapun memadailah setengah jam...itu yang aku rasa.

Selesai tazkirah aku disapa oleh seorang ahli pengajianku. "ustaz ... saya memang dok tunggu ustaz nie, saya nak bagi kat ustaz kurma untuk berbuka sepanjang Ramadhan nie." Sambil menghulurkan sebungkus kurma Nadia yang diimport dari Tunisia. Alhamdulillah rezeki lagi.

Cerita bab kurma aku nak habak kat hangpa semua.Jangan membeli kurma jenama Jordan River yang boleh didapati dengan mudah di pasaran negara ini. Kurma jenama ini dipercayai berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura sebelum dibungkus semula dan dibawa masuk ke beberapa negara umat Islam seperti Malaysia.

Berbuka dengan kurma jenama Jordan River ini ibarat anda berbuka puasa dengan darah dan air mata anak-anak saudara kita di Palestin. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan, saudara-mara, adik beradik dan sahabat handai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan