Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 28 Julai 2011

Tawaf 7 keliling akan bermula....

Ramadhan akan menjelang tiba. Ada yang rasa gembira untuk menyambutnya dan tak kurang juga yang rasa tak seronok nak menyambutnya. Orang mukmin sudah pasti akan rasa amat gembira kerana inilah bulan yang penuh keberkatan,kemuliaan dan digandakan segala pahala di atas setiap amalan.

Bagi orang Islam yang fasik tentunya puasa merupakan satu bebanan kerana terpaksa menahan nafsu lapar dahaga. Bagi orang yang berniaga inilah bulan untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Tahun lepas saya dimaklumkan seorang peniaga bubur boleh untung bersih 5 ribu sebulan. Ada peniaga di pasar ramadhan menjual kuih muih yang tak laku semalam tapi masih lagi dijual dan ada pembeli yang tertipu kerana terbeli kueh basi. Seorang peniaga murtabak dikenal pasti tak berpuasa bila terdapat jug air minuman di bawah meja. Restoren nasi kandar terus beroperasi di sepanjang ramadhan dengan alasan terpaksa membayar sewa bangunan setiap bulan 3 ribu.

Saya memang jarang sangat nak membeli di pasar-pasar ramadhan sejak 3 4 tahun kebelakangan ini kerana bagi saya ketika perut lapar semua benda yang kita tengok sedap tapi apabila berbuka semua makanan yang dibeli banyak membazir. Peliknya ada teman-teman yang sanggup meninjau dari satu pasar ke satu pasar ramadhan untuk melihat beraneka juadah sehingga tawaf 7 keliling apa pun tak terbeli. Begitulah hebatnya nafsu yang dikurniakan Allah
kepada manusia.

Justeru untuk mengawal nafsu banyakkanlah mengingati Allah....berzikir, membaca al-Quran serta muhasabah nafsiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan