Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Jumaat, 6 Ogos 2010

Amanah Saham Akhirat (ASA)


Empat perkara yang masih berjalan pahalanya walau ia telah meninggal dunia.

1-Mati Dalam Perang Sabilillah.
Bayangkan bagaimana orang yang gugur syahid,darah mereka berbau harum semerbak. Seorang ustaz yang pernah berjuang di Afghanistan dalam satu ceramahnya menceritakan mayat bergelimpangan di kiri kanannya tetapi peliknya darah yang tumpah tidak berbau hanyir tapi sangat harum semerbak. Indahnya nikmat orang yang berjuang

2-Guru yang Mursyid.
Mengajar ilmu yang memberi menafaat. Dia beramal dengan ilmunya itu.. dan diikut oleh orang diajarnya. Jangan fikirkan soal upah dan bayaran. "Saya akan datang ceramah kalau dibayar Rm 300. Siapkan bilik hotel untuk saya, bukan senang nak mai dari jauh nii." Kalau begini confirm tak dapat saham akhirat.

3-Sedekah dan wakaf dan masih dimenafaatkan sedekah wakafnya itu.
Orang dulu-dulu suka berwakaf untuk sekolah agama, tapak surau dan sebagainya. Tapi malangnya tak didokumenasikan. Sampai pada anak dia tuntut balik nak bina rumah sewa,malanglah bagi aruah bapa (yang berwakaf)terputuslah sudah amal jariahnya. banyak kes-kes begini yang dimaklumkan pada saya.

4-Anak-anak Yang Soleh
Anak soleh tentunya sering berdoa untuk ibu bapanya. Bulan Syaaban ni banyak yang buat kenduri tahlil untuk aruah ibu dan ayah.panggil orang alim,tok-tok guru pimpin doa.. Bertawasul pada doa orang alim juga dianggab doa dari anak soleh pada aruah ibubapanya.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. terima kasih atas nasihat yg diberikan. moga kita mndapat keuntungan di dunia dan di akhirat
    Amanah Saham Akhirat: Ustaz Zul Ramli

    BalasPadam