Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Selasa, 31 Ogos 2010

Musykil...Musykil...Musykil


Dua hari lepas teman sekerja ada bertanya soal menanam gigi palsu. Patutkah ia ditanggalkan ketika meninggal dunia. Dalam ruangan blog ini insyaallah saya kumpulkan beberapa kemusykilan dan akan dirungkaikan mengikut hukum Islam.
Soalan 1
Apakah hukumnya jika seseorang itu menanam gigi palsu secara kekal dan apabila ianya meninggal dunia adakah wajib dicabut gigi yg ditanam itu?

Jawapan ustaz:
Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Soalan 2
Bagaimana dengan sambungan tulang (skru yang diikat pada tulang)..bila meninggal dunia perlukah dibuang atau tidak?

Jawapan ustaz:
Jika daging sudah membaluti skru atau sambungan tu, tak perlu untuk dibuka. sebab itu dah menyeksa si mati. biarkan sahaja. andai sambungan tu masih baru ia ini belum lagi daging itu membaluti skru terbabit, wajar untuk dikeluarkan.

Soalan 3
Hukum lelaki memakai gelang magnetik

Jawapan Ustaz:
Ada tertera dalam blog saya sila cari

1 ulasan:

  1. Tq ustaz atas penerangan,cuma bab gelang magnetik tu kenapa ustaz x tegur dari awal?Amal ibadat saya selama saya pakai gelang tu sebelum ni diterima Allah ke tak?

    BalasPadam