Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Isnin, 16 Ogos 2010

"Hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental. Semalam negara dikejutkan dengan pembunuhan kejam isteri oleh suami di Perak. Hari ini pula kes suami menyimbah asid kepada isteri, dua anaknya dan mertua.

Dan satu kes lagi di Kuala Lumpur , suami disyakki menjerut mati isteri dan melarikan berusia 6 bulan. Ini baru yang dilaporkan, entah berapa banyak lagi tidak dilaporkan." Dalam tempoh satu hari pada 23 April 2010 terdapat 1 kes bunuh diri pelajar Melayu Tingkatan 1 di Johor dan 1 kes cubaan bunuh diri pelajar Tingkatan 2 di Perlis. Itu yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan ?

Kajian pakar tahun 2007 menyatakan gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang di Malaysia ini. Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

Apa dah jadi dengan 1Malaysia ? Apa dah jadi dengan usaha dakwah ? Mana pergi papan-papan tanda menyeru melakukan solat ? Yang banyak papan tanda sekarang ini ialah papan tanda politik, papan tanda buat duit, bisnes itu, bisnes ini, papan tanda gambar pemimpin. Buatlah kempen kita beramai-ramai ke masjid cari ketenangan. Buatlah khidmat nasihat percuma di semua masjid dan surau.

Kita ni negara umat Islam, kenapa harus ada begitu tinggi kadar bunuh diri, kanak-kanak pula tu. Tak yakinkan kita dengan syurga dan neraka ? Tak yakinkah kita dengan pahala dan dosa ? Tak yakinkan kita dengan bidadari ? Tak yakinkah kita dengan arak halal di akhirat ? Yang penting tak yakinkah kita dengan Allah dan RasulNya ?
<>
<>
video video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan