Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Khamis, 12 Ogos 2010

Realiti Satu Kehidupan....

Hari Jumaat adalah hari yang mungkin mengembirakan hati terutamanya penjawat awam kerana hari sabtu dan ahad adalah hari cuti. Bermacam-macam idea dan perancangan untuk esok, ada yang ingin bawa anak dan keluarga pulang ke kampung berbuka bersama ibu dan ayah(jika masih ada ibu ayah) Tidak kurang juga ada yang merancang lebih awal, membawa anak isteri ke pusat membeli belah membeli pakaian raya. Di saat ini yang paling menyeronokkan ialah anak-anak, terbayang pakaian baru yang cantik-cantik,nak tunjuk pada kawan-kawan. Kita seronok kerana dapat bercuti, anak-anak seronok terlompat-lompat kerana dapat bersama keluarga. Itulah istemewanya hari jumaat Hari Isnin adalah hari mula bekerja. Rasa malas bosan dan kurang bersemangat menghantui fikiran (kalau boleh nak ambil cuti rehat jee...(CRK) Bagi anak-anak nak kejutkan mereka bangun bersiap ke sekolah bukan main payah lagi. bangkit-bangkit tumbang. Mukapun macam separuh siap... Klip Video di bawah ini mungkin dapat menceritakan segala-galanya.
video

1 ulasan: