Terimalah seadanya...inilah yg mampu disumbangkan

Ahad, 8 Ogos 2010

Diari seorang musafir di bumi Allah (Ahad 8 Ogos 2010)


Masa begitu cepat berlalu.Akhir zaman sebulan macam seminggu. Seminggu macam sehari.Kesebokkan membuatkan kita tak sedar hari berlalu...

Ahad,hari cuti,selepas kuliah subuh di surau Sg.Relong saya ambil kesempatan utk ziarah mak kat kampung. Sekarang dia tinggal seorang diri.Alhamdulillah dia masih kuat meskipun telah berusia lebih 70 tahun.Buah sawit di kebun saya pun banyak yang dah masak,saya ambil kesempatan jual pada peraih di.Batu Hampar,harganya dah naik sikit.

Kerani buah tersilap membuat bayaran sampai di rumah baru perasaan lebih Rm 260 Lumayan tuu.Kita di didik dgn agama haram kita makan duit itu saya bersegera untuk memulangkan duit itu, berkali-kali kerani itu mengucapkan terimakasih dan mohon maaf atas kesilapannya.

Selepas Asar saya kembali ke Taiping dan kembara ilmu saya pada malam ini di Masjid Maimon. Kebanyakkan jamaah di sini tua-tua tapi masih tekun mempelajari ilmu.

Lepas isya' saya bergegas ke Taman Panglima Jaya (berhampiran rumah cikgu Hawati-mantan Pk Koko Sk.Kamunting)kerana satu program ceramah awal ramadhan di adakan.

Ramai juga penduduk Taman yang datang siap khemah lagi. Lepas ceramah jamuan beraneka juadah.

Saya dihidangkan sup tulang gear box tuu dia punya besar tapi tak berani makan banyak takut kolestrol.
balik sekitar jam 11 buka blog alhamdulillah setelah empat hari laman pelawat diaktifkan bilangan pengunjung yang melayari blog kongsi ilmu sehingga setakat ini 4oo lebih.

Namun begitu saya masih mengharapkan pengunjung blog saya dapat berkongsi ilmu dengan menghantar coretan pengalaman,bahan ilmiah atau sebagainya. Jadikanlah blog ini sebagai bahan untuk kita berdakwah insyaallah ganjarannya tidak ternilai di sisi Allah. Kalau kita tak mampu berdakwah secara lisan kenapa kita tidak ambil kesempatan untuk berdakwah secara penulisan...?
Jumpa lagi dalam diari seorang musafir.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan